Thursday, July 31, 2008

Jati Diri Masyarakat - Kempen Masyarakat Penyayang - Part 2

Hari ini (30 July 2008) aku balik agak lambat sikit memandangkan perlu siapkan laporan untuk pihak atasan. Macam biasa, KTM komuter teman setia aku. Aku sampai di Stesen Seputih (tak naik kat Mid Valley hari ini) jam 7.20 pm dan nampak pada papan kenyataan train akan sampai @ 7.35 pm. Macam biasa aku tak percaya pada jadual komuter KTM. Ini pengalaman selepas 4 tahun menjadi pengguna 'setia'.

Aku cuma berharap train sampai awal supaya aku boleh sembahyang Marghrib kat masjid Bangi. Macam kawan aku yang dok Seremban kadangkala terpaksa turun kat Kajang untuk solat Marghrib. Then wait for the next train. Memang mujahadah tapi demi tuntutan agama kena laksanakan. No excuse on this.

Pada aku,waktu petang 5.00 pm hingga 8 pm dikira waktu puncak manakala waktu pagi 7.00 am hingga 9.00 am waktu puncak. Komuter sampai jam 7.25 pm dan macam biasa waktu puncak train padat gille. Alhamdulillah aku dapat masuk dan berdiri antara penumpang memang rapat. Bak kata orang dalam tin sadin, tapi aku suka guna istilah macam dalam kotak rokok (walaupun aku tak merokok).

Padat gille, badan bertemu badan dan punggung bergesel punggung. Memandangkan aku puasa hari ini nasib baik aku dah standby air dengan kurma, boleh batalkan puasa.

Tapi apa yang aku nak nyatakan di sini, macam biasa pasti ada insiden yang menyayat hati. Bila train sampai Kajang, pasti dalam agak reda sikit dan boleh nampak kelibat manusia. Sampai di Kajang ada satu family Cina naik. Ada nenek dan datuk. Berdiri pun menggigil. Anehnya tiada aksi sepantas kilat atau sepontan untuk mereka bagi seat pada atuk dan nenek tersebut. Hingga ada satu awek Cina from middle seat offer. Bayangkanlah nenek tersebut terpaksa dipapah oleh kaum keluarga dia jalan dalam keadaan menggeletar untuk sampai ke seat tersebut. Apa salahnya mereka yang duduk 4 hingga 5 row depan bangun dan bagi seat kat nenek tersebut. Aku tak sanggup tengok drama tersebut dan aku move lepak depan pintu.

Lagi sadis, apa yang aku nampak ada sorang kakak sedang duduk bersila pangku anak dia yang berumur 1 tahun tidur. Mula-mula anak dia tidur atas lantai lepas tu di atas riba. Mungkin dia segan. Aku tak sampai hati nak saksikan lagi. Nasib baik train dah sampai Bangi so aku dah tak payah lihat lagi drama tersebut.

Wahai para insan kamil yang lemah. Kenapa masih lagi ada sikap pentingkan diri sendiri dan tak mahu saling bantu membantu. Ingat suatu hari kita juga akan tua dan tiada kudrat. Masa tu baru tahu siksa berdiri dalam komuter. Kalau aku ada power, nak aje aku piat telinga sorang-sorang suruh bangun dan bagi seat pada yang memerlukan.

Aku pernah dua kali tengok, first ada sorang kakak tu buat announcement minta orang muda tu bangun supaya ada sorang penumpang yang mengandung boleh duduk. Ada satu lagi sorang abang tu siap tepuk bahu minta penumpang tu bangun dan bagi seat kat orang mengandung. Memang susah nak jumpa abang dan kakak tu. Aku memang respect habis.

Seperti yang aku katakan dalam posting sebelum ini, ada yang baik hati tapi dengan ada insiden yang hampeh macam kat atas memang menyakitkan hati aku.

Sekian

Wednesday, July 30, 2008

Jati Diri Masyarakat - Kempen Masyarakat Penyayang

Semalam (28 Julai 2008) waktu pagi macam biasa bersesak dalam komuter untuk ke tempat kerja, ada satu pasangan Cina (agak berumur) naik bersama dengan aku di Stesen Bangi. Sepantas kilat ada sorang mamat (agak rugged dengan bertopi) offer seat pada Untie. Uncle tak dapat seat berdirilah sampai KL Sentral kot. Aku pun berdiri sama sebelah uncle tu (bukan Uncle Pet tau)

Aku salute kat that guy. Tanpa sempadan bangsa dan agama beliau offer seat dia kat untie tersebut. Yang lain takde perasaan langsung nak korban kan seat offer kat uncle tu pulak. Aku sangka baik mungkin awek atau jantan yang gagah perkasa tu penat atau nak tidur atau buat-buat tak nampak. Tak apa lah seat korang, siapa cepat dia dapat. Tapi aku memang berbulu gille bila ada yang duduk kat tempat seat ada sign "Priority Seat/ Keutamaan kepada Orang Tua (mcm pasangan Cina tadi) OKU, perempuan mengandung dan yang bawa baby). Tak paham bahasa ke.

Hari yang sama masa aku balik ada sorang kakak mengandung berdiri kat pintu, susah nak masuk dan takde sorang pun yang ambil inisiatif nak suruh dia masuk dalam. Bila sampai kat Serdang penumpang dah ramai keluar (still sesak lagi) ada sorang kakak tu yang baru nak duduk dengan barang banyak sepantas kilat offer seat kat kakak yang mengandung tadi. Lagi sekali aku respect. Bukan macam couple muda depan aku tu (aku biasalah berdiri) duduk asyik masyuk bercinta dan beramas tangan. Apa nak jadi, takut balak/ awek hilang ke.

Bila aku fikirkan balik dengan senario yang hampir setiap hari aku lalui aku jadi takut dan gementar. Adakah sifat dan kelakuan begini sesuai untuk generasi dan anak-anak kita akan datang...??? Silap-silap bila kita suruh dia bangun bagi seat kat yang memerlukan mahu dia tengking kita atau belasah kita.

Pagi ni (29 Julai) aku naik kat Stesen Batang Benar dan aku nampak lagi orang OKU yang aku pernah cerita dalam posting sebelum ini. Dia masuk koc sebelah aku dan aku tengok dua tiga minit ada tak orang yang nak offer seat kat dia. Yang sorang dah dapat duduk. Alhamdulillah, ada sorang brother from the middle seat bangun dan pimpin tangan serta bawa ke seat dia. Dapat duduk jugak walaupun seperated. Tapi orang yang duduk paling hampir dengan dia tak terasa apa ke.

Aku pernah tanya office mate yang biasa naik PUTRA LRT katanya waktu dia sarat mengandung, susah juga nak dapat orang offer seat. Ingatkan kat Komuter aje, kat PUTRA pun sama.

Tapi aku tak nafikan ada yang perihatin gille, bagi seat sepantas kilat. Bukan takde, majoriti pun ada, tapi bila berlaku kes sedemikian yang tak paham bahasa, ia mengganggu tumpuan aku dan persepsiaku akan hilang.

Macam mana nak atasi, nak kempen kat TV, MP tak bagi kata cemar imej.. Please lah, sesiapa yang ada cadangan boleh bagi buah fikiran. Jangan terlalu pentingkan diri. Aku nak suggest agar pilot Komuter buat pengumumuan berterusan untuk bagi keutamaan seat pada yang memerlukan.

Sekian, wassalam

Wednesday, July 23, 2008

Di Mana Nilai Jati Diri Masyarakat

Update (25/7/2008)

Pada 24 Julai yang lepas, masa aku sampai ke KL Sentral (tak turun Mid Valley) coz kena ke Jalan Raja Chulan (attending Seminar) aku terserempak lagi dengan OKU yang aku ceritakan di bawah. Aku ambil peluang untuk berbual kerana kami sama-sama hendak ke Stesen Monorail. Aku seloroh tanya samaada pagi ni dia dapat duduk tak. Dia kata Alhamdulillah dapat duduk and recently agak payah dapat duduk melainkan ada yang bagi seat kat dia.

Aku sempat tanya dia waktu balik macam mana. Dia kata macam biasa kena berebut dengan yang lain. Aku yang cukup sifat ni pun kadangkala tewas dalam perebutan nak masuk dalam komuter bila waktu balik (peak hours). Tiada langsung insan perihatin untuk bagi laluan pada OKU tersebut. Katanya lagi kadangkala komuter yang ketiga baru dapat naik. Bayangkalah lebih kurang 1 1/2 jam mereka terpaksa berlegar di KL Sentral sebelum dapat masuk ke dalam komuter. Tapi yang best katanya kadangkala pilot komuter yang perihatin akan pimpin dia orang utk duduk kat tempat pilot (kira VIP la tu). In this case, aku memang respect kat pilot tersebut.

Dalam perjalanan tersebut aku sempat tanya dia orang nak ke mana setiap pagi. Rupanya mereka kerja dengan salah satu syarikat korporat terkemuka sebagai Telemarkerting. Aku respect dengan mereka kerana sifat kekurangan yang ada mereka tidak menjadi peminta sedekah. Salah seorang OKU tersebut akan resign kerana dapat tawaran belajar di UPM.

Aku sempat tanya dia sejak bila buta. Katanya sejak lahir. Aku jadi makin sebak kerana dari lahir sehingga kini (aku assumed umur dia orang awal 20-an) mereka tak pernah dapat lihat keindahan alam ciptaan tuhan. Aku cuba seloroh tanya warna baju yang aku pakai. Dia senyum sahaja.

Bila aku kenangkan balik, kita insan yang sempurna sifat dan akal patut bersyukur dengan apa yang ada. Bagi mereka sekurang-kurangnya nikmat mata tak akan dihisab oleh ALLAH.

OK lah, nanti bila aku jumpa lagi OKU tersebut atau OKU lain aku akan update dan strory kat sini.

Wassalam...


Original Posting




Macam biasa untuk ke tempat kerja aku akan gunakan public transport. Bukan baru-baru ni atau bukan sebab nak ubah gaya hidup atau sebab fuel hike tapi since aku ditransferkan ke KL (ibu pejabat) pada tahun 2004 aku dah start guna public transport (komuter) untuk pergi dan balik kerja.


Macam-macam karenah yang aku dapat saksikan tetapi insiden pada 21 Julai 2008 memang agak sadis untuk aku kongsi bersama. Aku ada dua pilihan untuk pilih stesen mana aku nak depart sebab rumah aku adalah di tengah antara dua stesen komuter Batang Benar atau Bangi. Dulu aku akan depart dari Stesen Bangi sebab tambang dia murah 80 sen compare dengan stesen Batang Benar. Tapi recently since June 2008, bila komuter dari Seremban sampai di Stesen Bangi takde seat kosong so kena berdiri sampai stesen Mid Valley. Penatla... dah lah mengantuk, at least kalau ada seat kosong boleh tidur sekejap dalam 40 minit. Ini bermakna penumpang makin bertambah.

So kalau aku keluar awal dan mengidam nak duduk aku akan ke Stesen Batang Benar. Tapi recently, kat Stesen Batang Benar pun belum tentu ada guaranted seat. Ini bermakna ramai orang dah cuba ubah gaya hidup dengan menyahut seruan kerajaan dengan menggunakan pengangkutan awam walau mutu pengangkutan awam macam *&^*(#$...

Berbalik pada tajuk asal atau para 1 di atas, pada hari Isnin lepas ada dua orang OKU (buta) ada kat Stesen yang sama dengan aku (Batang Benar) tunggu komuter. Pada Khamis lepas aku pimpin dia orang naik komuter dan carikan seat untuk diaorang dan ada sorang India (student UKM) bagi seat dengan harapan mereka boleh duduk next to each others.

Tapi pada Isnin lepas, aku nampak dua orang tu dengan kawan dia yang normal so aku taklah pimpin mereka. Hari tu pulak semua seat dah penuh dan malangnya takde sorang pun insan kami yang sudi bekorban untuk bagi seat kat 2 orang OKU tersebut. MasyaALLAH, aku rasa sebak, sampai masa aku nak turun di Stesen Mid Valley, that OKU still standing. Nak aje aku jerit kat koc tu kata yang duduk tu semua muka tak malu. Aku lebih geram pada mereka @ mangkuk hayun yang duduk kat assigned seat untuk OKU (takde sifat ikram betul). Memang takde budi bahasa. Tempat itu adalah hak OKU dan mereka dinafikan hak. Nasib baik OKU tu cool aje. Setiap komuter, LRT dan bas ada assigned seat untuk OKU.

Dulu dalam TV ada iklan pasal budi bahasa yang mana pelakon dia Adlin tak bagi seat kat OKU. Kecoh sampai kat Parlimen suruh withdraw that iklan kononnya mencemarkan imej orang Melayu. Pak menteri kita pernah guna public transport ke. Itu sebahagian dari realiti tu..

Ini merupakan satu contoh yang pada aku agak melampau. Dah 4 tahun aku komuter dan memang tak dinafikan ada yang perihatin bagi seat kat orang mengandung, orang tua, OKU dsb tapi ada juga yang buat tak nampak, buat-buat tidur dan paling geram pada couple yang asyik masyuk.... langsung tak perihatin.

Pada yang perihatin semoga ALLAH balas jasa korang dan pada yang tak perihatin tu sedarlah, bila-bila sahaja ALLAH boleh tarik nikmat yang dia bagi barulah kita sedar betapa susahnya jadi OKU.

Wassalam...

Tuesday, July 22, 2008

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat Berblogging.... Ucapan aku buat diri sendiri tapi bukan syok sendiri ya. Bukan juga sekadar ikut-ikutan atau dengan bahasa kasarnya ikut membabi buta dan juga bukan sebagai trend.

Banyak yang dapat dilihat yang mana blog yang aktif pada permulaan dan dibiarkan sepi serta terus terpinggir selepas itu. Dan aku berharap agar penglibatan diri aku ini dalam dunia blog akan berterusan serta memberi manfaat kepada diri aku sendiri, keluarga dan masyarakat.

Komen membina dialukan dan kalau boleh biarlah berlandaskan fakta bukan taip sesedap keyboard sahaja (maklumlah keyboard power). Tapi takdelah sampai nak fakta macam yang diperlukan oleh Bursa Malaysia atau London Stock Exchange atau supporting data untuk Jabatan Audit Negara.

Cukuplah dulu buat permulaan dan harap ini menjadi titik permulaan aku dalam dunia baru walaupun aku sebenarnya lambat mula. Biar lambat asal tak mula langsung.

Wassalam...