Assalamualaikum,
Lepas raya banyak bloggers yang tak aktif dan kebanyakan blog juga tidak di update termasuk blog aku.
Berbeza dengan bloggers sejati memang blog mereka akan aktif termasuk malam atau pagi raya. Ataupun bloggers yang cari makan dengan mem’blog’ samaada duit iklan atau pun web page yang mereka buat.
Lepas raya memang banyak idea tetapi bila time mood raya memang agak malas nak ketuk keyboard walau idea mencurah-curah.
Kali ini aku cuma nak coretkan beberapa peristiwa yang agak menarik berlaku masa raya hari itu.
Dana Peruntukan Untuk Pembesaran Masjid Telah Diluluskan
Agak tersentak dan terharu apabila AJK masjid umumkan sebelum solat raya yang dana sebanyak RM1.5 juta telah diluluskan untuk pembesaran masjid tersebut. Masjid kampong aku merupakan masjid baru yang dibina (tak silap less than 6 years). Tujuan pembesaran untuk menampung jemaah semasa solat hari raya iaitu to accommodate twice yearly event. Solat Jumaat, Alhamdulillah boleh dikatakan 95% memenuhi ruang dewan dan koridor masjid manakala solat 5 waktu (paham-paham sendiri la berapa banyak saf yang berjaya ditegakkan). Pada masa yang sama rayuan untuk pembinaan sekolah agama sebanyak RM1 juta masih belum mencukupi. Aku cadangkan agar duit RM1.5 juta bagi kat sekolah dulu demi keselesaan pelajar yang akan menjadi pelapis generasi akan dating. Nak cuba slow talk dengan Imam dah terlambat coz Gabenor Melaka (Tun Khalil Yaakob, yang bagi anugerah Datuk kat SRK) dah datang tengok site untuk pembesaran. Kira jadi lah tu. Inilah yang dikatakan Budget Prioritization or Budget Optimization.
Jumpa Sepupu Lama
Ada seorang sepupu aku yang hampir 10 tahun aku tak jumpa dia cuma tahu dia duduk Segamat. Tahun masa dia ziarah rumah mak aku (pangkat makcik dia) sempat aku jumpa dia. Nama sama macam nama anak aku. Yang bestnya anak dia 15 orang. Yang paling best aku dengar anak dia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 kat sekolah yang sama dan dari Form 1 sampai Form 5 sekolah yang sama. 11 orang masih bersekolah. Cikgu pun tahu keluarga Ikhsan punya anak-anak. Aku cuba calculate duit saku sekolah anak dia sahaja assumed RM3.00 @ 11 = RM23 sehari. Belum perbelanjaan lain lagi. Memang aku respect kat dia…. Semua rezeki dari Allah.
Semua Adik Beradik Dan Ipar Duai Dapat Berkumpul
Alhamdulillah mak dan bapak aku senyum lebar tahun ini. Semua 7 anak boleh berkumpul dengan semua cucu sekali. Memang meriah sakan. Tiada apa yang aku rasa bangga bila dapat lihat mak bapak aku gembira – memang priceless.
Kemeriahan Raya Agak Berkurangan
Tak ramai anak-anak datang beraya rumah mak aku kali ini. Duit raya yang dah siap tukar dan letak dalam sampul tak banyak habis berbanding tahun-tahun lalu. Mungkin anak-anak tu dah membesar dan segan nak beraya. Lepak dengan kawan dia main HP lagi berbaloi kot…. Entahlah zaman makin berubah….
Aku Tak Beraya Ke Mana
Selalunya dalam setiap tahun aku akan panjang langkah at least 3 – 4 rumah kawan lama aku akan ziarah walaupun jauh. Tahun ini aku cuma lepak kat rumah mak aku je… Layan tetamu. Takde mood nak beraya. Hantar SMS je sebagai ganti diri..
Rasa tak cool langsung…..