Monday, August 3, 2009
INDAHNYA ISLAM
Sebagai seorang Islam, kadang kala kita lupa dan leka akan hebatnya menjadi umat Islam terutama umat akhir zaman (khairun Ummah - Umat yang terbaik....) Kalau tidak masakan Nabi Musa a.s dan juga Nabi Isa a.s minta untuk jadi Nabi akhir zaman. Tak dapat maka jadi umat akhir zaman pun boleh bila mana Allah kabulkan permintaan Nabi Isa dan baginda akan turun bukan sebagai Nabi atau bawa syariat baru tapi sebagai umat akhir zaman.... Hebat kan penangan umat akhir zaman.
Sememangnya orang di luar (bukan Islam) kadangkala lebih tahu betapa Islam itu indah. Banyak kisah muallaf atau saudara baru yang mendapat hidayah hanya melalui mendengar azan. Bagi orang Islam yang mendengar Azan lima kali sehari (termasuk aku la....) takde rasa keajaiban....
Intro di atas ada kena mengena dengan satu event yang aku attend di sebuah hotel kat KL iaitu Dinner & Talk (From Vatican to Al-Azhar) pada 25 July lalu. Pedulikan pasal logistik surau yang tak sempurna yang aku ada highlight dalam FB aku... but the content of the talk, Bro Idris Tawfiq warga British yang pernah berkhidmat di Vatican (tempat suci org Kristian) dan juga pernah berkhidmat dengan John Pope telah mendapat Hidayat dan kini menjadi pendakwah Islam di Mesir.
Biasa baca e-mail (fowarding mail) pengalaman paderi yang masuk Islam. But hari tu memang shahdu coz dapat bersemuka dengan orang yang menceritakan pengalamannya. Masa presentation tu memang aku tak berkelip kerana asyik mendengar ceramahnya... maklumlah duduk depan sekali sebelah meja VVIP. Bayangkan seorang yang begitu kuat pegangan kristian boleh memeluk agama Islam.
Ada beberapa faktor yang aku ingat why dia tertarik dengan Islam ialah:-
a. Pasal kekejaman Yahudi terhadap kanak-kanak Palestin
b. Puasa bulan Ramadhan oleh kanak-kanak Palestin
c. Azan yang sering di dengar....
Untuk lebih lanjt pasal Bro Idris Tawfiq boleh layari web beliau.
Sebenarnya bila Allah hendak bagi hidayat ada pelbagai cara. Sebab itu seorang Islam belum tentu akan mati dalam keadaan beriman dan juga seorang kafir belum tentu akan mati dalam keadaan kafir (vise versa). Sebab itu kita sentiasa kena berdoa dan terus berdoa agar mati dalam keadaan beriman.
Malam tu juga buat pertama kali dapat bersemuka dengan Adik Muhammad al-Hafiz (Juara Hafazan Dubai 2008). Meja bersebelahan dan aku sempat berbual dengan ayahnya... Memang hebat dan aku respek kat ayah dia yang berjaya mendidik anak yang hebat dalam bacaan Tahfiz. Adik Muhammad dijemput untuk memperdengarkan bacaan ayat Suci. Setiap ayat yang dibaca naik bulu roma aku. Aku sempat la posing dengan dia dan suruh anak aku posing sekali ambil berkat.... Bayangkan wajah yang aku lihat kat TV appear live depan mata ku... Anak yang membaca Al-Qur'an maka ibu bapa akan dipakaikan Mahkota di padang Mahsyar yang mana cahaya mahkota tersebut sangat terang dan dicemburui oleh orang lain.....
Sesungguhnya event kat atas gave me a memorable night and moment buat aku dan anak sulung aku. Boleh view foto kat FB aku.. memang cool habis....
Subscribe to:
Posts (Atom)