Thursday, July 23, 2009

MENGHADAPI KEMATIAN



Posting ini ditulis selepas melawat rakan yang meninggal dunia di HKL pada 21/7/2009selepas koma lebih 2 minggu akibat stroke.

Aku tak pernah berhadapan dengan saat duka atau sedih berhadapan dengan ahli keluarga terdekat yang meninggal dunia. Sebab itu aku rasa amat takut bila akan mendengar berita ahli keluarga yang meninggal.

Apa yang ingin aku nyatakan di sini bagaimana aku berpeluang berhadapan dan menyaksikan kematian di depan mata. Niat hendak menziarahi pesakit di ICU bertukar menjadi menziarahi jenazah. Memang fresh, bila aku sampai je pintu ICU dibuka dan isteri arwah berlari keluar dalam kesedihan dan bermula lah tangisan pilu ahli keluarga yang lain. Aku tak semena-mena hampir menangis.

Yang paling aku sedih bila mana ibu arwah masih hidup dan mengucup pipi arwah. Inilah kuasa dan takdir tuhan. Tidak kira tua atau muda bila sudah sampai masanya tidak akan dilewat walau sesaat atau di awal walau sesaat.

Aku sempat memerhatikan jenazah yang terbaring kaku di atas katil hospital. Betapa kerdilnya diri ini dan langsung tidak bermaya. Semua amalan telah terputus dan semua harta dan keluarga akan ditinggalkan. Rasa insaf sekejap...

Persoalan, adakah kita mati (penutup) dengan 'husnul khatimah'..?? Apakah persediaan kita...??? Dalam kesibukan, we have to think about it. Bila nyawa berada di halqum (means nazak) maka sudah tidak bermakna lagi.....

Sekadar tazkirah untuk diri sendiri...

Read more about Husul Khatimah..

Monday, July 20, 2009

MANCHESTER IN TOWN


Tak sangka for second time dapat lihat MU kat National Stadium Bkt Jalil. Pada tahun 2001, aku tengok juga game MU yang belasah Malaysia 6-0 dengan ayahku but this time aku pergi dengan anak aku.

Dulu ada Beckham, Barthez, Nistelrooy, Yorke, Andy Cole and now they have Rooney, Berbatov, Evra, Nani, Anderson and Owen on board.... what a great moment.....

Memang happening gille... with almost 100,000 flooded the stadium. Tengok F1 pun tak happening macam ni.... Ada dua orang mat salleh duduk depan seat aku dan surprisingly both are from Manchester England. Dia seronok tengok MU kat Malaysia sebab tiket murah compared to price in UK pound sterling. Kat Manchester priority pada season pass dan yang lain kena undi dan priority pada ahli MU Fan Club. Susah juga nak tengok bola kat sana. So dia orang tak lepas peluang bila tahu MU ada kat Malaysia.

Game start 5.30 pm dan aku amat respect dengan fans yang solat Asar dulu. Maklumlah to avoid jammed, masuk stadium sebelum Asar dan sebagai orang yang pernah ke stadium, aku tak gabra coz banyak surau kat National Stadium, every keliling entrance ada surau. Surau packed gille dan kena tunggu turn... Bila habis game pun sama, ramai solat Marghrib dulu sebelum balik...

Bagi aku, memang harga tiket mahal (F1 lagi mahal) but U can see 22 stars and 11 stars on pitch. MU main tak sepenuh hati mungkin jaga hati penganjur dan penaja. Pada aku MU cuma perform 60% from their best. Tapi with long ball pass and control ball memang menakjubkan. Tiada skill individu atau show off untuk gelecek mungkin padang teruk atau cuaca panas nak avoid injured. And the moment is bila Owen score a goal 5 minutes from time means gol kemenangan 3-2. Gegak gempita stadium mengalahkan deruman enjin Boeng 777. Detail pasal game ramai dah tahu based on newspaper and tengok TV kan... But hati kecil aku still miss Ronaldo and gerak hati aku kata MU akan terjejas juga tanpa Ronaldo... Wait and see for the next season...

But the star among the stars is Amri Yahaya who stole the lime light. Ada suara seloroh kata Amri akan dapat title Dato'.....

Biarlah apa orang kata kedatangan EPL ke Asia untuk tujuan business but as insan Marhaen macam aku tak akan lepas peluang untuk lihat stars in town and with my son.



Memang cool habis...