Thursday, July 23, 2009

MENGHADAPI KEMATIAN



Posting ini ditulis selepas melawat rakan yang meninggal dunia di HKL pada 21/7/2009selepas koma lebih 2 minggu akibat stroke.

Aku tak pernah berhadapan dengan saat duka atau sedih berhadapan dengan ahli keluarga terdekat yang meninggal dunia. Sebab itu aku rasa amat takut bila akan mendengar berita ahli keluarga yang meninggal.

Apa yang ingin aku nyatakan di sini bagaimana aku berpeluang berhadapan dan menyaksikan kematian di depan mata. Niat hendak menziarahi pesakit di ICU bertukar menjadi menziarahi jenazah. Memang fresh, bila aku sampai je pintu ICU dibuka dan isteri arwah berlari keluar dalam kesedihan dan bermula lah tangisan pilu ahli keluarga yang lain. Aku tak semena-mena hampir menangis.

Yang paling aku sedih bila mana ibu arwah masih hidup dan mengucup pipi arwah. Inilah kuasa dan takdir tuhan. Tidak kira tua atau muda bila sudah sampai masanya tidak akan dilewat walau sesaat atau di awal walau sesaat.

Aku sempat memerhatikan jenazah yang terbaring kaku di atas katil hospital. Betapa kerdilnya diri ini dan langsung tidak bermaya. Semua amalan telah terputus dan semua harta dan keluarga akan ditinggalkan. Rasa insaf sekejap...

Persoalan, adakah kita mati (penutup) dengan 'husnul khatimah'..?? Apakah persediaan kita...??? Dalam kesibukan, we have to think about it. Bila nyawa berada di halqum (means nazak) maka sudah tidak bermakna lagi.....

Sekadar tazkirah untuk diri sendiri...

Read more about Husul Khatimah..

No comments: