Wednesday, April 21, 2010

Antara Hukum Alam dan Hukum Allah


Photo: From Yahoo

Seluruh dunia gempar dengan peristiwa letupan gunung berapi di Iceland (Icelandic eruption looms). Letupan gunung berapi berlaku di sesetengah negara tetapi yang berlaku di Iceland ini agak menggemparkan dunia amnya dan Eropah khasnya. Habuk dan asap tebal menutupi ruang udara Eropah dan semua penerbangan masuk dan keluar ke Eropah dibatalkan. Ribuan penumpang terkandas di lapangan terbang utama dunia termasuk KLIA dan LCCT. Aku bukan pakar Geografi atau pakar Alam, tetapi sebagai seorang Islam kita kena lihat dari perspektif hukum Allah samaada balasan atau amaran. Kalau dilihat tanda-tanda besar Kiamat seperti di bawah:-

Tanda-tanda besar

1. Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
2. Lahirnya Dajjal.
3. Keluar asap tebal.
4. Turunnya Nabi Isa a.s.
5. Kemunculan Imam Mahdi.
6. Matahari terbit dari ufuk barat.
7. Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
8. Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
9. Runtuhnya Ka'abah
10. Terdengar tiupan sangkakala pertama.
11. Ada azan tak di jawab
12. 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.

Sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda-tanda_Kiamat

Petanda yang ketiga (keluar asap tebal) mungkin boleh dirujuk dengan kejadian di Iceland. Wallahua'lam... kena rujuk dengan pakar agama. Laporan dari Yahoo News hari ini (21 April 2010) http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fnews.yahoo.com%2Fs%2Fap%2Feu_volcano_science&h=b2bff - mengatakan bahawa fenomena itu hanya permulaan dan akan berlaku yang lebih dasyat lagi selepas ini.... So what next and what should we do...???

Takkan masih mahu berada dalam comfort zone lagi...???


No comments: