Wednesday, February 18, 2009

SYUKURI NIKMAT TUHAN - NIKMAT MATA

Assalamualaikum.....

Lama tak menulis... sibuk baca blog orang lain yang pelbagai cerita suka, duka, merapu, fitnah, temberang dan sebagainya.

Kali ini nak bercerita pasal nikmat yang ALLAH Ta'ala kurniakan pada hambanya.

"Sekiranya diambil ranting-ranting kayu sebagai pena, daun sebagai kertas dan air laut sebagai dakwat maka tak tertulis nikmat yang ALLAH Ta'ala beri kepada hambanya".

Regardless hamba dia taat perintah atau ingkar maka semua akan dapat nikmat yang sama... Fair and square.

Intro di atas ada kena mengena dengan diri aku. Sebagai contoh betapa besar nikmat mata yang ALLAH beri untuk melihat. Kita termasuk aku lah kadangkala guna nikmat mata untuk ingkar perintah ALLAH. Kita akan tahu betapa besarnya nikmat mata bila ALLAH tarik nikmat tersebut.

Setiap pagi dalam komuter (on the way ke tempat kerja) aku suka perhatikan gelagat manusia (penumpang). AKu naik from Bangi Station. Sejak dua minggu ini aku agak sensitif dengan seorang OKU (buta) umur dalam lingkungan 40an, berpakaian segak ala executive akan naik di Stesen Tasik Selatan. Tren penuh a.k.a padat macam sardin. Bila dia naik ada yang offer seat, dan ada yang buat bodoh je. Dia selalu akan naik koc kedua pintu yang pertama.

Dia akan turun di KL Sentral dan bermulalah kepayahan dia untuk keluar. Semua penumpang lain berlumba-lumba untuk keluar dan jarang ada yang sanggup pimpin dia untuk keluar. Since last two weeks aku berazam untuk jadi guidance dia ke lift. Aku pastikan akan naik koc yang sama dengan dia, pimpin tangan dia keluar dan guide to the nearest lift. Yang aku sadisnya memang lift ada dan priority pada OKU tapi yang sihat tubuh badan pun berebut lift. Aku akan pesan kat dia wait for the next lift. Aku proceed naik tangga. Bila aku pimpin tangan dia, maka aku mula menginsafi diri ini yang sempurna tetapi sedikit untuk bersyukur pada ALLAH. Beliau bekerja di Plaza Sentral dan aku bayangkan kesusahan beliau untuk ke tempat kerjanya. Orang kata orang yang mata dia buta hati dia terang... InsyaALLAH. Aku berharap agar boleh guide dia terus ke tempat kerja tetapi aku juga seperti insan lain yang berlumba lumba kejar PUTRA LRT for the next destination.

Now, every morning kalau aku tak jumpa dia aku akan rasa macam kehilangan.... mungkin dia MC atau nak tren lain.

Kisah kedua yang ada kena mengena dengan OKU buta juga masa naik PUTRA. Aku nampak ada OKU yang mencari arah dan ada perempuan Cina yang guide dia masuk dalam tren dan dalam koc yang padat, beliau susah payah tebalkan muka minta passenger lain bangun dan beri seat kat OKU tu. Aku salute habis kat perempuan Cina tu tanpa mengenal batas sempadan agama, bangsa dan jantina.

Kisah ketiga yang aku nak kongsi tapi bukan pasal nikmat mata iaitu juga peristiwa sadis dalam komuter sektor KL - Seremban pada 17/2/2009. Aku tak perasan sorang pakcik umur dalam 60 an naik dan terpaksa berdiri. Ya la kan coz koc penuh. Kalu aku duduk aku akan offer seat kat dia tapi yang dok duduk tu (muda, badan tegap) macam buat bodoh dan takde perasaan langsung. Bila ada orang bangun turun yang berdiri pulak berebut nak duduk. Walaupun ada reserve seat untuk orang tua dan OKU tapi yang duduk seat tu orang sebaliknya. Tak malu ke.... Bila aku perhatikan wajah pakcik tu teringat ayah aku kat kampung. Aku jadi sebak. Alhamdulillah sampai Kajang ada orang bangun nak turun betul-betul depan aku berdiri dan aku tarik tangan pakcik tu untuk duduk. Dalam keadaan menggigil (ya la orang tuan penat, mungkin sakit) dia grip tangan aku dan ucap terima kasih banyak-banyak. Dua kali pulak aku rasa sebak.

Pesanan aku pada yang naik bas ke, LRT or komuter sila alert dengan penumpang lain dan berilah seat kepada yang memerlukan..... Barulah cool...