Monday, November 30, 2009

IBADAH KORBAN



Raya Haji tahun ni buat pertama kali aku tak balik mana-mana kampung sendiri atau kampung mertua. Bukan nak lupa daratan atau tak nak meraikan dengan parents tersayang tetapi keadaan yang tidak mengizinkan.

Ibu bapa aku takde kat Melaka tahun ni coz both of them pi sambut raya haji kat oversea, while banjir di Kelantan menyebabkan fikir berkali-kali nak balik. Sudahnya aku cuma berhari raya kat rumah sendiri. Kira catat sejarah jugak la....

Selepas solat raya, aku saja sibukkan diri di surau Taman Desaria kerana ada ibadah korban oleh ahli qariah. Ada 4 ekor termasuk seekor disumbangkan oleh syarikat MyAgri yang perihatin.

Bak kata pepatah berat sama dipikul dan ringan sama di jinjing maka kerja yang susah jadi senang dan berat jadi ringan. Pada mulanya ramai yang agak cuak ada ke yang nak datang gotong royong memandangkan ramai akan pulang berhari raya di kampung masing-masing. Tapi kehadiran amat memberansangkan... syabas pada AJK...

Contribution aku tak lah banyak sangat sekadar nak memeriahkan suasana sahaja. Bila semua kerja sudah selesai i.e sembelih, melapah, menimbang daging maka ada announcement dari urusetia untuk mengambil daging korban. Aku tak lah beratur ambil dan niat memang tak nak ambil agar pihak lain yang lebih memerlukan boleh ambil terutama orang miskin yang lebih memerlukan. Tapi kalau dah rezeki aku kat daging korban tu maka aku tetap akan dapat bila salah seorang jiranku tolong ambilkan untuk aku 1 kg dan lepas tu 1 kg lagi dia hantar sendiri kat rumah aku. Itu yang buat aku terharu sangat... Mungkin berkat daging korban tersebut.....

Di harap aktiviti dan manfaat dari gotong royong ibadah korban tak terhenti di situ dan semua perserta dan ahjli qariah surau dapat manfaat dan iktibar seperti mana tujuan dan konsep ibadah korban..... barulah cool....

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha dan menjalani ibadah korban. Hari Raya Aidil Adha atau sinonim dengan Hari Raya Haji bukan setakat menunaikan ibadah haji atau berkorban tetapi perlu dihayati sunnah dan sirah Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s dan Siti Hajar...


Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :

Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".


Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :

Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".


Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)


FADHILAT IBADAH QURBAN

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)


Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)


Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)


Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)


Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".

Firman dan hadis di atas serta fadhilat dipetik dari http://www.al-azim.com/haji/qurban/dalil.htm.

Wednesday, November 4, 2009

Ekonomi or Eco No money

Kat TV3 tadi ada coverage dari PM kita kata "Pakej ransangan ekonomi bernilai RM7 billion telah menampakkan hasil"... As orang biasa mcm aku yang makan gaji... apa yang aku dapat from RM7 billion tu..!!! Yang aku nampak RM28 billion duit tax payor dah terlebih bayar kat supplier, vendor, contractor etc (AG Report 2008). Belum kira yang terlebih bayar PKFZ and KTM double track Rawang - Ipoh.

From day to day... nampak keadaan semakin kusut. Walaupun pihak ekonomi kata keadaan semakin pulih, tapi aku nak tanya dia orang tahu tak bagaimana harga barang kat kedai.. Selalu monthly shopping grocery kat Hypermarket dalam average RM200 - RM250 tapi last week dengan barang yang hampir sama tapi kos RM350... Alasan salesgirl or promoter... harga sudah naik ma.....

Belum lagi nak kena bayar GST bila start implement.... next year 2010 katanya... adus....