Monday, July 20, 2009

MANCHESTER IN TOWN


Tak sangka for second time dapat lihat MU kat National Stadium Bkt Jalil. Pada tahun 2001, aku tengok juga game MU yang belasah Malaysia 6-0 dengan ayahku but this time aku pergi dengan anak aku.

Dulu ada Beckham, Barthez, Nistelrooy, Yorke, Andy Cole and now they have Rooney, Berbatov, Evra, Nani, Anderson and Owen on board.... what a great moment.....

Memang happening gille... with almost 100,000 flooded the stadium. Tengok F1 pun tak happening macam ni.... Ada dua orang mat salleh duduk depan seat aku dan surprisingly both are from Manchester England. Dia seronok tengok MU kat Malaysia sebab tiket murah compared to price in UK pound sterling. Kat Manchester priority pada season pass dan yang lain kena undi dan priority pada ahli MU Fan Club. Susah juga nak tengok bola kat sana. So dia orang tak lepas peluang bila tahu MU ada kat Malaysia.

Game start 5.30 pm dan aku amat respect dengan fans yang solat Asar dulu. Maklumlah to avoid jammed, masuk stadium sebelum Asar dan sebagai orang yang pernah ke stadium, aku tak gabra coz banyak surau kat National Stadium, every keliling entrance ada surau. Surau packed gille dan kena tunggu turn... Bila habis game pun sama, ramai solat Marghrib dulu sebelum balik...

Bagi aku, memang harga tiket mahal (F1 lagi mahal) but U can see 22 stars and 11 stars on pitch. MU main tak sepenuh hati mungkin jaga hati penganjur dan penaja. Pada aku MU cuma perform 60% from their best. Tapi with long ball pass and control ball memang menakjubkan. Tiada skill individu atau show off untuk gelecek mungkin padang teruk atau cuaca panas nak avoid injured. And the moment is bila Owen score a goal 5 minutes from time means gol kemenangan 3-2. Gegak gempita stadium mengalahkan deruman enjin Boeng 777. Detail pasal game ramai dah tahu based on newspaper and tengok TV kan... But hati kecil aku still miss Ronaldo and gerak hati aku kata MU akan terjejas juga tanpa Ronaldo... Wait and see for the next season...

But the star among the stars is Amri Yahaya who stole the lime light. Ada suara seloroh kata Amri akan dapat title Dato'.....

Biarlah apa orang kata kedatangan EPL ke Asia untuk tujuan business but as insan Marhaen macam aku tak akan lepas peluang untuk lihat stars in town and with my son.



Memang cool habis...

Sunday, April 5, 2009

Demam F1



Bila bulan April maka demam F1 akan melanda Malaysia. Satu dunia memang menjadi tumpuan memandangkan Sepang F1 race is second race calendar after Australia F1.

This year merupakan penganjuran yang ke 10. Selalunya aku tak ambil pot sangat pasal F1 coz memadai follow the event via TV or Internet or newspaper.

Start last year aku serius ambil pot pasal F1. Memandangkan rumah aku only 20km from F1 circuit kat Sepang, dengan tiket free yang company aku bagi, aku rasa aku patut ambil peluang pi tengok live kat Sepang. Aku dapat tahu yang mana selain daripada Asean country yang excited booking tiket F1, orang kat Europe pun sanggup fly ke Malaysia. That's why Jumaat hari tu penuh Mat Salleh kat KL Sentral.

Kat sini aku akan corat coretkan sikit pasal F1 yang aku dengan anak lelaki aku gi tengok kat Sepang;


1)

This year race dilewatkan 2 jam to cater Europe Broadcasting. Selalunya jam 3.00 pm but this year 5 pm baru start. Walaupun driver dan team tak setuju kemungkinan hujan dan kemungkinan juga akan diberhentian memandangkan jam 6 adalah senja dan kalau mendung maka keadaan gelap.

Kepala hotak aku dah berlegar legar kat mana nak Solat Asar agar aku tak miss the formation lap by F1 driver. Last year aku masuk lewat 1 pusingan. Memandangkan Asar 4.23 pm maka lebih baik aku solat Asar dulu takut tengah tengok tiba-tiba meninggal sakit jantung sebab bunyi enjin kuat, kan naya. Kalau hidup pun race jangka habis 6.30 pm dan nak tunggu keluar takut miss Asar pulak. Aku perasan dekat area Hill Stand takde surau. Aku ada berkira-kira samaada nak solat Asar kat Masjid Salak Tinggi, Masjid KLIA, Masjid KLIA Kuarters or Petronas kat depan F1. So aku decide solat kat Surau Petronas tu. Surau cantik dan bersih tapi kena share dengan muslimat.... Adoi.... Apa salahnya pihak Sepang F1 buat surau sementara kat Hill Stand atau Petronas besarkan surau untuk muslimin dan muslimat.

Lepas berjemaah, maka aku terus ke port aku iaitu C1 Hillstand. Yang best naik motor tak sangkut traffic jammed and boleh cilok. Aku sampai je ngam-ngam lagu Negaraku dan baru formation lap start. Penonton tak seramai last year but 1/3 adalah Mat Salleh. Mungkin orang ramai rasa race start lambat dan balik dah Marghrib tambahan pula ramalan kata hujan.

Memang betul hujan dalam pertengahan race dan bila hujan lebat dan kilat maka Red Yellow dikibarkan and followed Red Flag bererti race dihentikan. Yang ni korang tentu dah tengok TV and baca paper pasal stop race ini.Aku pakai baju hujan selamatla... but anak aku cuma pakai payung basah kuyup dia. Bila race dah stop aku terus angkat punggung balik dan Alhamdulillah, tak jammed coz ramai penonton lain tak keluar lagi. Aku tanya anak aku OK tak dia kata walau basah kuyup tapi best sangat. Senyuman dia yang priceless tu...

Next year mungkin penganjuran F1 Sepang akan diperdebatkan. Sebanarnya pihak F1 mahukan Sepang buat race malam macam Singapore tapi kos amat tinggi untuk pasang lampu. Jam 5 ptg banyak driver tak setuju. Dengan kegawatan ekonomi dunia sekarang aku tak pasti samaada Sepang akan ikut telunjuk F1. Kalau betul kena pasang lampu makan gomen akan bare the cost maknanya duit aku as a tax payor akan digunakan juga .... hu hu hu hu....


2)

Aku tengok Mat Salleh memang selamba aje bukak baju dan pakai seluar pendek. Mungkin panas tapi bila hujan pun dok belenggeng jugak. Nasib baik Minah Salleh tak bukak sama baju.


3)

Aku memang respect kat peonton yang beli sendiri tiket F1 coz yang paling murah RM100. Belum lagi parking fee. Aku pergi pun sebab tiket free. Walaupun tengok live kat TV dapat full coverage termasuk result and what happening for the all cars and drivers tapi tengok live kat Sepang ada feel tersendiri. Walaupun nampak kereta saja dan kita kena kira sendiri siapa nombor 1,2,3 tapi bunyi deruman dan ngauman enjin dia tu yang boleh naik bulu roma. Keadaan makin parah bila kereta masuk pit dan kiraan aku dah jadi tunggang langgang.


4)

Yang seronok tengok F1 tahun ni ialah big team Ferrari dan Mc Laren bergelut serta terkapai-kapai nak overtake kereta team lain. Selalunya kereta lain kejar dia. Nampak both team bergelut. Best tengok adegan potong memotong bila time hujan. Team baru mcm Brawn GP and also team lain yang selama dok follow big team dah mula tunjuk taring macam team Sauber, Toyota, KBS dan Renault. Baru seronok tengok F1.


5)

Ini part yang paling sadis hari ini. Aku tulis ni pun sebab benda ni. Dalam keadaan hujan lebat, aku nak motor dan perasan kat area parking ada 2 orang budak Melayu (aku pasti mereka budak Melayu dan beragama Islam) tengah promote air mineral dan ada satu container ialah tin arak. Aku beristighfar panjang dan aku memang pasti itu tin arak jenama terkenal. Memang lah dia jual kat Mat Salleh yang bersepah tapi kalau dia tahu hukum, maka dia tak akan jual atau tolong jual. Mood gembira aku pasal F1 hilang mcm tu aje beacuse that incident. Aku pun teringat kat anak Melayu kita yang Islam dan kerja dengan chain link store yang bukak 24 jam jual arak.... Sadis betul..... Aku cuma boleh doakan agar budak tu insaf dan walaupun kerja part time carilah yang halal.

_________

Cukup pasal F1 about motoring sport. Aku memang tak sabar nak tunggu another major sport even in July. MU datang Malaysia. Yang ni kalau tak dapat tiket free aku sanggup beli pakai duit aku sendiri.

Dulu MU datang belasah Malaysia 6-0 aku gi dengan ayah aku but this time maybe aku bawa ayah aku lagi and anak aku.... Barulah cool ka....????

Wednesday, February 18, 2009

SYUKURI NIKMAT TUHAN - NIKMAT MATA

Assalamualaikum.....

Lama tak menulis... sibuk baca blog orang lain yang pelbagai cerita suka, duka, merapu, fitnah, temberang dan sebagainya.

Kali ini nak bercerita pasal nikmat yang ALLAH Ta'ala kurniakan pada hambanya.

"Sekiranya diambil ranting-ranting kayu sebagai pena, daun sebagai kertas dan air laut sebagai dakwat maka tak tertulis nikmat yang ALLAH Ta'ala beri kepada hambanya".

Regardless hamba dia taat perintah atau ingkar maka semua akan dapat nikmat yang sama... Fair and square.

Intro di atas ada kena mengena dengan diri aku. Sebagai contoh betapa besar nikmat mata yang ALLAH beri untuk melihat. Kita termasuk aku lah kadangkala guna nikmat mata untuk ingkar perintah ALLAH. Kita akan tahu betapa besarnya nikmat mata bila ALLAH tarik nikmat tersebut.

Setiap pagi dalam komuter (on the way ke tempat kerja) aku suka perhatikan gelagat manusia (penumpang). AKu naik from Bangi Station. Sejak dua minggu ini aku agak sensitif dengan seorang OKU (buta) umur dalam lingkungan 40an, berpakaian segak ala executive akan naik di Stesen Tasik Selatan. Tren penuh a.k.a padat macam sardin. Bila dia naik ada yang offer seat, dan ada yang buat bodoh je. Dia selalu akan naik koc kedua pintu yang pertama.

Dia akan turun di KL Sentral dan bermulalah kepayahan dia untuk keluar. Semua penumpang lain berlumba-lumba untuk keluar dan jarang ada yang sanggup pimpin dia untuk keluar. Since last two weeks aku berazam untuk jadi guidance dia ke lift. Aku pastikan akan naik koc yang sama dengan dia, pimpin tangan dia keluar dan guide to the nearest lift. Yang aku sadisnya memang lift ada dan priority pada OKU tapi yang sihat tubuh badan pun berebut lift. Aku akan pesan kat dia wait for the next lift. Aku proceed naik tangga. Bila aku pimpin tangan dia, maka aku mula menginsafi diri ini yang sempurna tetapi sedikit untuk bersyukur pada ALLAH. Beliau bekerja di Plaza Sentral dan aku bayangkan kesusahan beliau untuk ke tempat kerjanya. Orang kata orang yang mata dia buta hati dia terang... InsyaALLAH. Aku berharap agar boleh guide dia terus ke tempat kerja tetapi aku juga seperti insan lain yang berlumba lumba kejar PUTRA LRT for the next destination.

Now, every morning kalau aku tak jumpa dia aku akan rasa macam kehilangan.... mungkin dia MC atau nak tren lain.

Kisah kedua yang ada kena mengena dengan OKU buta juga masa naik PUTRA. Aku nampak ada OKU yang mencari arah dan ada perempuan Cina yang guide dia masuk dalam tren dan dalam koc yang padat, beliau susah payah tebalkan muka minta passenger lain bangun dan beri seat kat OKU tu. Aku salute habis kat perempuan Cina tu tanpa mengenal batas sempadan agama, bangsa dan jantina.

Kisah ketiga yang aku nak kongsi tapi bukan pasal nikmat mata iaitu juga peristiwa sadis dalam komuter sektor KL - Seremban pada 17/2/2009. Aku tak perasan sorang pakcik umur dalam 60 an naik dan terpaksa berdiri. Ya la kan coz koc penuh. Kalu aku duduk aku akan offer seat kat dia tapi yang dok duduk tu (muda, badan tegap) macam buat bodoh dan takde perasaan langsung. Bila ada orang bangun turun yang berdiri pulak berebut nak duduk. Walaupun ada reserve seat untuk orang tua dan OKU tapi yang duduk seat tu orang sebaliknya. Tak malu ke.... Bila aku perhatikan wajah pakcik tu teringat ayah aku kat kampung. Aku jadi sebak. Alhamdulillah sampai Kajang ada orang bangun nak turun betul-betul depan aku berdiri dan aku tarik tangan pakcik tu untuk duduk. Dalam keadaan menggigil (ya la orang tuan penat, mungkin sakit) dia grip tangan aku dan ucap terima kasih banyak-banyak. Dua kali pulak aku rasa sebak.

Pesanan aku pada yang naik bas ke, LRT or komuter sila alert dengan penumpang lain dan berilah seat kepada yang memerlukan..... Barulah cool...