Saturday, August 30, 2008

Bajet (Budget) 2009


Ini bukan merupakan serius posting atau analisa Bajet 2009 yang dibentangkan oleh PM kita siang tadi. (Photo dari Berita Harian On-Line) Aku bukan merupakan seorang economist atau akauntan yang tahu dan perlu ambil tahu pasal Bajet ini.

Selalunya selepas Bajet dibentangkan (kenapa mesti hari Jumaat?) maka banyak laporan dan ulasan akan dibuat samaada oleh pihak akhbar, majalah ataupun laman web dan blog. Biarlah ulasan dibuat memang bidang dia orang. Dalam berita Stesen TV pula akan diberi liputan meluas pasal Bajet dan akan menenggelamkan berita yang lain seperti jenayah dan rasuah. ASTRO yang ada dua saluran berita AWANI dan BERNAMA TV akan pulun sakan untuk siaran Bajet dan Analisa Bajet. Maka ramailah panel datang ke studio.

Dalam akhbar nanti akan ada juga gambar 'candid' orang ramai yang tonton pembentangan Bajet di TV atau dengar radio samaada bawah pokok, atas sampan atau kat kedai kopi. Memang sungguh-sungguh beri perhatian.

Bagi aku pula (mungkin akan dedahkan kelemahan aku), every year aku memang tak ambil kisah pasal Bajet yang nak dibentangkan atau dah dibentangkan. Bila beli surat khabar pada keesokkan hari aku akan lihat grafik pasal Bajet sahaja.

Aku pun tak tahu kenapa aku tak berminat sangat. Mungkin aku bukan kakitangan awam (kerajaan) yang excited dengar pasal bonus atau aku bukan perokok yang risau kenaikan harga rokok. Pada aku sebelum atau selepas Bajet, keadaan hidup aku serta sumber pendapatan aku dan kuasa beli aku macam tu juga. Mungkin persoalan Bajet ini lebih kepada unsur makro jadi ia tidak memberi kesan secara total terhadap perbelanjaan aku. Aku cuma excited pada bulan Mac setiap tahu bila company aku akan hantar e-mail pengumuman bonus sahaja.

Kadangkala bila aku dengar orang bersembang pasal Bajet samaada kat kedai kopi atau waktu melepak, hanya dua perkara sahaja yang dibincangkan iaitu pasal bonus kakitangan awam dan kenaikan harga rokok.

Nasib baiklah data pasal Bajet ini bukan salah satu daripada scope of works atau JD aku. Ini kerana ada kawan aku tak pasti department mana kena study betul-betul pasal Bajet sebab bos dia nak laporan terperinci serta analisa. Nak tahu detail boleh baca kat sini (http://www.bharian.com.my/klikkhas/bajet/)

p/s - Sewatu dok tukar channel kat TV tadi tertekan RTM 1 dan ada wawancara pasal Bajet dan terbaca dua komen SMS kat footer:

  • Kami orang kampung tak tahu sangat pasal Bajet ini, yang tahu harga barang tak pernah turun. Kasihan kami orang kampung.
  • Kakitangan awam dapat bonus syukur walau harga barang akan naik. Kami orang kampung tak dapat apa terpaksa menghadapi kenaikan harga barang.

Fikir-fikir dan renungkanlah.....

Sekian

No comments: