Tuesday, August 12, 2008

Jati Diri Masyarakat - Kempen Masyarakat Penyayang - Part 3


This week, minggu baru kerja. Pagi ni rasa bersemangat pula bila hari Isnin, selalunya lemah sikit. Aku rasakan weekend aku yang dua hari tu rasa macam dua minggu. Mungkin kerana quality time yang aku dapat dengan keluarga.


Macam biasa aku akan cerita pasal jati diri Masyarakat Malaysia. Peristiwa dan pengalaman yang aku kutip seharian ke tempat kerja dengan menggunakan pengangukutan awam yang (teruk). Insiden pagi tadi memang menyentuh lagi emosi aku.


Aku yang macam biasa berdiri bila nak turun aku terperasan ada seorang perempuan mengandung sedang berdiri. Aku dapat rasakan kepayahan beliau berdiri. Tiada seorang pun yang offer seat kat dia termasuk seorang jejaka gagah perkasa yang duduk paling hampir dengan perut dia. Tak sure samaada that jejaka tu warga asing atau orang Melayu. Paling geram ada satu ruang yang dikhususkan untuk OKU dan perempuan mengandung (belakang tempat dia berdiri) di 'hijacked' oleh insan kamil yang cukup sifat dengan muka selamba samaada dia tak nampak atau buat-buat tak nampak.


Peristiwa pagi tadi memang mengingatkan aku insiden last week, bukan OKU buta yang aku pernah ceritakan tapi pakcik buta (also OKU) kena berdiri. Tempat hampir sama dengan perempuan mengandung tadi berdiri. Bila dah lama aku dengar ada sorang hamba ALLAH yang perihatin dan mungkin dia dah tak tahan minta sorang bangun dan allow that OKU duduk. Aku memang respect kat orang tu.


Ingatlah, selagi kita cukup sifat, bersyukur atas nikmat yang ALLAH bagi dan sila perihatin kepada insan yang lebih memerlukan. Moga keikhlasan dan pengorbanan anda akan diberi ganjaran oleh ALLAH s.w.t

2 comments:

NASA said...

Naik train ni umpama menonton sebuah filem. Disinilah kisah kehidupan manusia dipertontonkan secara live tanpa ada sebarang tapisan dan exxageration oleh camera trick.

Sifat semula jadi manusia terserlah pada ketika ini. Kekadang kita terpaksa mengikut rentak majoriti semata2 untuk menuju destinasi dalam masa yang ditentukan.

Yang kuat akan kehadapan dan yang lemah akan ketinggalan.

Nilai2 murni diketepikan oleh majoriti dan cuma sebahagian kecil yang masih mempertahankan sifat2 terpuji.

Dalam berasak2 bermacam peristiwa boleh berlaku.

di KL Sentral saya pernah di copet sejumlah wang yang kalau nak dikira boleh menampung keseluruhan perbelanjaan anak dan isteri untuk sebulan. Bukan rezeki walaupun kita berpenat lelah bekerja 26 hari sebulan.

Dengan menganggap kejadian itu mempunyai hikmah telah dapat menghilang kan rasa kesal , ralat dan masih tetap sanggup menggunakan perkhidmatan train lagi.

dan setiap kali naik train bersedialah kita menonton lakunan2 kehidupan masyarakat kini.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Quote:

[Naik train ni umpama menonton sebuah filem. Disinilah kisah kehidupan manusia dipertontonkan secara live tanpa ada sebarang tapisan dan exxageration oleh camera trick.]

Totally agreed. Bagaimana kehidupan kita seharian juga akan di 'playback' di akhirat nanti.

Selalu juga lihat bagaimana ada insan yang menangis tersedu-sedu dalam komuter bila dapat tahu beg/ handphone di copet. Nothing much can do ..

Pada semua pencopet, pemyagak dan yang sewaktu dengannya, tak takutkan pada azab ALLAH..