Monday, November 30, 2009

IBADAH KORBAN



Raya Haji tahun ni buat pertama kali aku tak balik mana-mana kampung sendiri atau kampung mertua. Bukan nak lupa daratan atau tak nak meraikan dengan parents tersayang tetapi keadaan yang tidak mengizinkan.

Ibu bapa aku takde kat Melaka tahun ni coz both of them pi sambut raya haji kat oversea, while banjir di Kelantan menyebabkan fikir berkali-kali nak balik. Sudahnya aku cuma berhari raya kat rumah sendiri. Kira catat sejarah jugak la....

Selepas solat raya, aku saja sibukkan diri di surau Taman Desaria kerana ada ibadah korban oleh ahli qariah. Ada 4 ekor termasuk seekor disumbangkan oleh syarikat MyAgri yang perihatin.

Bak kata pepatah berat sama dipikul dan ringan sama di jinjing maka kerja yang susah jadi senang dan berat jadi ringan. Pada mulanya ramai yang agak cuak ada ke yang nak datang gotong royong memandangkan ramai akan pulang berhari raya di kampung masing-masing. Tapi kehadiran amat memberansangkan... syabas pada AJK...

Contribution aku tak lah banyak sangat sekadar nak memeriahkan suasana sahaja. Bila semua kerja sudah selesai i.e sembelih, melapah, menimbang daging maka ada announcement dari urusetia untuk mengambil daging korban. Aku tak lah beratur ambil dan niat memang tak nak ambil agar pihak lain yang lebih memerlukan boleh ambil terutama orang miskin yang lebih memerlukan. Tapi kalau dah rezeki aku kat daging korban tu maka aku tetap akan dapat bila salah seorang jiranku tolong ambilkan untuk aku 1 kg dan lepas tu 1 kg lagi dia hantar sendiri kat rumah aku. Itu yang buat aku terharu sangat... Mungkin berkat daging korban tersebut.....

Di harap aktiviti dan manfaat dari gotong royong ibadah korban tak terhenti di situ dan semua perserta dan ahjli qariah surau dapat manfaat dan iktibar seperti mana tujuan dan konsep ibadah korban..... barulah cool....

2 comments:

NASA said...

Jeles aku nengok baju melayu biru tu cantik dan bersih aja!

Ab Razak Hj Ahmad said...

Nasa, dalam makna tu... tapi memang aku admit yang contribution aku hari tu lebih pada gaya je... ha ha ha ha.... 'gambar posing tu.... bukan buat kerja....'