Monday, April 12, 2010

Petronas F1 Malaysian Grand Prix 2010







Bukan nak ulas pasal result or about the race.... tapi cuma apa yang boleh dilihat dan diperhatikan sewaktu event berlangsung...







This year, penonton lebih ramai compared to the last year or last two years. Mungkin disebabkan oleh home team (LOTUS F1) dan juga comeback dari Micheal Schumacher yang drive Mercedes Petronas - the other F1 team carrying the interest of Malaysia and strongly supported by Malaysia @ PETRONAS... For LOTUS F1 team.... ketinggalan 5 pusingan from the leader... What a joke... Try harder... and Malaysia Boleh..







This year also nampak ramai pelancong dari India yang datang. Mungkin disebabkan oleh ada team dari negara India @ Force Indie dan juga drive F1 dari India tapi bukan race untuk team India. Buat masa ni, tiada track F1 di negara India. Schedule to have by 2012 onwards.







Masih lagi terdapat tin-tin air arak dijual dengan bebas. Walaupun untuk pelancong asing,tetapi yang menjual adalah anak-anak muda beragama Islam yang buat part time cari duit poket... Nak extra income boleh dapat dosa... Naudzubillah.. Kata penonton tak boleh bawa minuman dari luar tetapi penonton bebas teguk air arak.... Sepang F1 have to do something to curbe this matter.







Surau yang disediakan amat kecil dan hanya boleh menampung maksimum 7 orang untuk satu masa. Bila race habis @ 5.30 pm.. takut miss solat Asar sebab traffic jammed, ramai pilih untuk solat Asar dulu... Ramai yang terpaksa solat di kaki lima dengan beralaskan tikar dan surat khabar... Still okay... Toilet lebih besar dan banyak dari surau...







Time F1 nilah ada couple yang buat free show... Bukan nak tengok F1 tapi bercengkerama di balik payung.... Lesen besar gakya... Mat and Minah Salleh pun tak kemaruk macal korang...







This year also traffic movement and management very smooth... Takde massive jammed atau bottleneck.. Thanks to PDRM and RELA.







Suggest agar ticket F1 dikurangkan. Minimum price at RM100 still mahal untuk low and middle income. Takkan nak tengok sorang.. At least dengan kawan or anak. So at least RM200 for ticket fare only.... Aku pi pun sebab free tickets... ha ha ha ha... Boleh differentiate price untuk local (with Mykad) dengan foreigner....







So, for the others... takde apa nak komen, cuma nak bagi nasihat... tengoklah apa-apa acara atau event, bola ke, F1, Moto GP etc.. tapi jangan tinggalkan solat....







Baru cool.....

Monday, January 4, 2010

New Year 2010 - My Story



2010 dah bermula… yang nampak ada feel and thrill bila tahun baru ialah bila ada anak masuk Tahun 1.. Most busiest day bagi parents yang ada anak Tahun 1. Aku tak terkecuali sebab anak bongsu aku (setakat ni la..) hero, Lokman Hakim masuk Tahun1. Abang dan kakak dia Tahun 5 dan 4 respectively.

To be surprised, aku pisahkan anak bongsu aku dengan abang dan kakak dia, means sekolah yang berlainan. Abang dan kakak dia SK Bdr Sri Putra (SKSP) while Hakim di SK Bangi. Jarak antara sekolah tu dlm 4 km. Reasons dia SKSP amat padat dengan pelajar. Bayangkan Tahun 1 ada 14 kelas. Then ada 2 sesi. While di SK Bangi cuma ada 4 kelas and 30 students per class. Lagi satu mudahkan urusan logistic bila semua anak sesi pagi…. Means to my wife la…

Anak aku yang bongsu ni ‘special’ sikit compared to abang dan kakak dia and also dengan budak-budak sebaya dia yang lain. At the age of 4 still can’t talk and only can pronoun ‘ma’. At the age of 4 also busy kena attend and jumpa doctor pakar. Every month ada appointment dengan child development centre, dietician, ENT, speech therapy and maxillofacial. At the age of 5 also dah masuk operation theatre for minor operation. Memang mencabar bagi aku as a parent. Seawaktu di tadika masa umur 5 tahun ada tanda-tanda dyslexia tapi ujian negative… Alhamdulillah…

So aku tak expect sangat Hakim akan ikut mcm abang dan kakak dia. Tapi yang mengejutkan masa dia Tadika (6 years), dia boleh dapat top three dalam kelas dia. Itu yang akun rasa amat terharu sangat. Dan yang paling mengejutkan aku masa ujian diagnosis tahun 1, ia berjaya dapat markah yang tinggi and now ditempatkan di dalam kelas yang pertama. Kira catat sejarah keluarga coz abang dan kakak dia masa Tahun 1 cuma mampu di kelas yang kedua sebelum naik ke kelas yang pertama masa tahun 2 dan berikutnya….

Moral of the story is jangan cepat putus asa jika anak kita tak seperti anak orang lain. Setiap penyakit ada ubatnya dan peranan ibu bapa amat penting dalam pembangunan dan pendidikan kanak-kanak. Doktor atau guru hanya membantu setakat yang perlu sahaja while ibu bapa yang mencorakkan anak… Kalau dah usaha and result is not favor to us, berserah sahaja atas takdirnya…

Sebut pasal school opening, agak-agak berapa budget yang aku dah burst…. Ini belum kira 100% lagi coz yuran sekolah cikgu dan PPD belum release lagi.. Again, it’s all about investment for child education.

Kos untuk 3 orang untuk sekolah kebangsaan dan agama:-

Kos beli uniform dan beg sekolah – RM600
Alat tulis dan color – RM20 (yang last year masih boleh guna…)
Buku (beli di koperasi sekolah) – RM220
Buku ulangkaji (initiative sendiri) – RM60
Yuran dan buku sekolah agama (Tahfiz Abim) – RM886
Bayaran persekolah SK Bangi dan PIBG – RM40
Yuran sekolah SK Bangi – TBA
Yuran sekolah SKSP – TBA

Menggelabah jugak aku dengan listing kat atas. And to add salt to the wound, masa nilah aku kena tukar tayar kereta aku…. Terbang lagi RM350.00 … Nak tunggu bukan April or May lambat lagi…. (ada makna tu….) InsyaALLAH….

Nak merungut or complaint pun tak boleh sangat coz it’s about our child education… Astro and internet bill boleh bayar up to RM160 per month takkan the above pun nak complaint…. Baru tiga, but aku respect kat sorang abang tu yang aku jumpa masa hantar anak aku pagi tadi, anak 7 and 6 masih sekolah… and he’s still alive…. Ha ha ha ha… joking je…

Anyway kena selalu doa pada ALLAH untu dapat keberkatan rezeki.. Quality and not quantity…. Amalkan bacaan Yaasin setiap pagi dan Surah Al-Waqi’ah setiap malam… usaha dan doa, InsyaALLAH… a good combination… baru cool….

Saturday, December 12, 2009

Kebakaran Sek Men Keb Bukit Rambai, Melaka



Melihat tajuk sekolah terbakar, aku tak ambil pot sangat sebab it happened mungkin disebabkan litar pintas dan sebagainya. Tapi tajuk di atas agak menyentap perasaanku sebab dua orang anak saudara aku (anak kakak aku) bersekolah di situ.

Sewaktu kejadian, salah seorang anak buah aku sedang sit for final paper (tasawur) as reported. Dia juga salah seorang yang bertempiaran lari dan di kuarantin sebab exam ditangguhkan. It's happened for last paper yang mana lepas tu mereka akan merdeka sampai April/ Mei 2010.

Aku sempat bertemu anak buah aku yang terlibat dan yang amat mengejutkan aku ialah insiden kebakaran tersebut disengajakan oleh 3 orang budak nakal yang dah habis exam awal. Those 3 orang mangkuk tu tak ambil paper Tasawur... Yang paling aku geram, asalnya mereka nak bakar stor konon nak meraikan kejayaan habis exam SPM. Kebakaran merebak ke main building dan hampir ke dewan exam.

Memang badigol betul... memang brutal tahap pelajar sekolah menengah sekarang... Kenapa perlu bakar sekolah, bakarlah rumah korang kalau bran. Bakar sampah ke, lalang ke dari berfaedah... Kenapa aku kisah...???? Sekolah adalah milik kerajaan dan awam dan dibina menggunakan duit kerajaan dan dana awam dari orang macam aku as a tax payor..... lol...

Kecekapan beberapa guru dan pengawas peperiksaan berjaya menangkap 3 mangkuk hayun tersebut untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Kalau mereka masuk U, adakah lepas habis exam semester mereka akan bakar dewan kuliah, fakulti atau dewan utama...???? Macam kes pelajar UM yang dihadapkan ke Mahkamah last week sebab bakar dewan... sadis sungguh student kat Malaysia ni... Tak cool langsung....

Berita pasal sekolah anak buah aku boleh baca di link berikut.

Gambar kat atas tu aku ambil dari google search kebakaran di SMK Tawau II, bukan di SMK Bukit Rambai ya... Gambar kredit pada http://blogkuplanetku.blogspot.com/