Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Tuesday, April 27, 2010

SUKAN TAHUNAN ABIM NILAI/ MANTIN - DESARIA






Ramai tak percaya sekolah agama adakan aktiviti sukan tahunan. Selalunya sekolah kebangsaan je...

Tahniah pada ABIM Mantin/ Nilai yang menganjurkan sukan tahunan untuk pelajar sekolah Tahfiz Abim dan TASKI dan tahun ini Taman Desaria sebagai tuan rumah. So dekat jelah dengan rumah aku.

Anak-anak (3 orang) semua bersemangat... setiap hari practice... tapi semua acara yang masuk tak dapat johan...

Tahniah buat anak sulong aku yang terpilih untuk mengetuai bacaan ikrar dan doa... Rasa ralat sebab aku sendiri tak hadir walaupun padang acara selang satu jalan dengan belakang rumah aku je.... ada urusan lain hari tu..

Sejuk mata memandang perserta sukan berbaju putih dan bertudung putih... memang cool.. tahniah pada penganjur..

Monday, January 4, 2010

New Year 2010 - My Story



2010 dah bermula… yang nampak ada feel and thrill bila tahun baru ialah bila ada anak masuk Tahun 1.. Most busiest day bagi parents yang ada anak Tahun 1. Aku tak terkecuali sebab anak bongsu aku (setakat ni la..) hero, Lokman Hakim masuk Tahun1. Abang dan kakak dia Tahun 5 dan 4 respectively.

To be surprised, aku pisahkan anak bongsu aku dengan abang dan kakak dia, means sekolah yang berlainan. Abang dan kakak dia SK Bdr Sri Putra (SKSP) while Hakim di SK Bangi. Jarak antara sekolah tu dlm 4 km. Reasons dia SKSP amat padat dengan pelajar. Bayangkan Tahun 1 ada 14 kelas. Then ada 2 sesi. While di SK Bangi cuma ada 4 kelas and 30 students per class. Lagi satu mudahkan urusan logistic bila semua anak sesi pagi…. Means to my wife la…

Anak aku yang bongsu ni ‘special’ sikit compared to abang dan kakak dia and also dengan budak-budak sebaya dia yang lain. At the age of 4 still can’t talk and only can pronoun ‘ma’. At the age of 4 also busy kena attend and jumpa doctor pakar. Every month ada appointment dengan child development centre, dietician, ENT, speech therapy and maxillofacial. At the age of 5 also dah masuk operation theatre for minor operation. Memang mencabar bagi aku as a parent. Seawaktu di tadika masa umur 5 tahun ada tanda-tanda dyslexia tapi ujian negative… Alhamdulillah…

So aku tak expect sangat Hakim akan ikut mcm abang dan kakak dia. Tapi yang mengejutkan masa dia Tadika (6 years), dia boleh dapat top three dalam kelas dia. Itu yang akun rasa amat terharu sangat. Dan yang paling mengejutkan aku masa ujian diagnosis tahun 1, ia berjaya dapat markah yang tinggi and now ditempatkan di dalam kelas yang pertama. Kira catat sejarah keluarga coz abang dan kakak dia masa Tahun 1 cuma mampu di kelas yang kedua sebelum naik ke kelas yang pertama masa tahun 2 dan berikutnya….

Moral of the story is jangan cepat putus asa jika anak kita tak seperti anak orang lain. Setiap penyakit ada ubatnya dan peranan ibu bapa amat penting dalam pembangunan dan pendidikan kanak-kanak. Doktor atau guru hanya membantu setakat yang perlu sahaja while ibu bapa yang mencorakkan anak… Kalau dah usaha and result is not favor to us, berserah sahaja atas takdirnya…

Sebut pasal school opening, agak-agak berapa budget yang aku dah burst…. Ini belum kira 100% lagi coz yuran sekolah cikgu dan PPD belum release lagi.. Again, it’s all about investment for child education.

Kos untuk 3 orang untuk sekolah kebangsaan dan agama:-

Kos beli uniform dan beg sekolah – RM600
Alat tulis dan color – RM20 (yang last year masih boleh guna…)
Buku (beli di koperasi sekolah) – RM220
Buku ulangkaji (initiative sendiri) – RM60
Yuran dan buku sekolah agama (Tahfiz Abim) – RM886
Bayaran persekolah SK Bangi dan PIBG – RM40
Yuran sekolah SK Bangi – TBA
Yuran sekolah SKSP – TBA

Menggelabah jugak aku dengan listing kat atas. And to add salt to the wound, masa nilah aku kena tukar tayar kereta aku…. Terbang lagi RM350.00 … Nak tunggu bukan April or May lambat lagi…. (ada makna tu….) InsyaALLAH….

Nak merungut or complaint pun tak boleh sangat coz it’s about our child education… Astro and internet bill boleh bayar up to RM160 per month takkan the above pun nak complaint…. Baru tiga, but aku respect kat sorang abang tu yang aku jumpa masa hantar anak aku pagi tadi, anak 7 and 6 masih sekolah… and he’s still alive…. Ha ha ha ha… joking je…

Anyway kena selalu doa pada ALLAH untu dapat keberkatan rezeki.. Quality and not quantity…. Amalkan bacaan Yaasin setiap pagi dan Surah Al-Waqi’ah setiap malam… usaha dan doa, InsyaALLAH… a good combination… baru cool….

Monday, November 10, 2008

Halal - Haram - Di Mana Pertimbangan Kita


Berikut adalah keratan akhbar The Sun bertarikh 29 September 2008. Saya simpan keratan tersebut sebelum Hari Raya yang lalu dan berkeinginan untuk post di sini tapi masih berbelah bahagi samada perlu atau tidak di’post’kan.

Tuan/ puan bacalah sendiri kandungan dia kerana amat menyentuh perasaan. Adakah kita boleh menerima sedekah daripada hasil perjudian...??? Takut nanti akan jadi darah daging (Naudzubillah). Adakah sumbangan dari Sports Toto dikira sedekah jariah, zakat atau sumbangan biasa sahaja.

Tidakkah pihak berkuasa di rumah anak yatim (selalunya ustaz) tidak menyiasat sumber sumbangan. Mungkin ustaz tersebut merasakan yang company Sports Toto tersebut hanya terlibat dalam bidang sukan.

Saya tak mahu ia akan menjadi trend dan maka selepas ini ada pula syarikat seperti Carlsberg, Anchor atau Beer yang membuat sumbangan ke rumah anak yatim atau orang tuan.

Tahun lepas sudah tersebar gambar di utara tanah air orang-orang tua beratur untuk menerima sumbangan raya daripada Magnum 4E.


The Sun (29/9/2008)

[SPORTS TOTO Malaysia brought early festive joy to about 200 underprivileged children at two events held in conjunction with Hari Raya celebrations. In the first on Sept 19, company staff led by Sports Toto Malaysia general manager (Sales & Operations) Nerine Tan, visited about 100 patients Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre's paediatric ward.

Tan handed out duit raya and gift packs to the patients, who were delighted with their Russ flush toys, Faber Castell stationery sets and colouring books.

"It has been Sports Toto Malaysia's annual tradition to bring festive cheer to the less fortunate in our efforts to uphold and maintain the spirit of caring and sharing, while we celebrate our diverse cultural activities," Tan
said.

"It is certainly part of the company's philosophy to give something back to .
society."

The company also hosted a breaking of fast at Kelab Darul Ehsan for about 100 orphans of pertubuhan penyayang Raudhah in Gombak, Kuala Lumpur on Thursday. The children were welcomed by company staff and Sports Toto deputy general manager (Administration and security) LeeSiew Chye. They were treated to a sumptuous dinner and presented with duit raya and Hari Raya goodies.

A dance troupe performed traditional Inang dan Zapin dances to keep the children entertained, and as a gesture of appreciation, the children sang for the company staff.]

Tak cool langsung...

Wednesday, October 15, 2008

Corat - Coret Raya

Assalamualaikum,

Lepas raya banyak bloggers yang tak aktif dan kebanyakan blog juga tidak di update termasuk blog aku.

Berbeza dengan bloggers sejati memang blog mereka akan aktif termasuk malam atau pagi raya. Ataupun bloggers yang cari makan dengan mem’blog’ samaada duit iklan atau pun web page yang mereka buat.

Lepas raya memang banyak idea tetapi bila time mood raya memang agak malas nak ketuk keyboard walau idea mencurah-curah.

Kali ini aku cuma nak coretkan beberapa peristiwa yang agak menarik berlaku masa raya hari itu.

Dana Peruntukan Untuk Pembesaran Masjid Telah Diluluskan

Agak tersentak dan terharu apabila AJK masjid umumkan sebelum solat raya yang dana sebanyak RM1.5 juta telah diluluskan untuk pembesaran masjid tersebut. Masjid kampong aku merupakan masjid baru yang dibina (tak silap less than 6 years). Tujuan pembesaran untuk menampung jemaah semasa solat hari raya iaitu to accommodate twice yearly event. Solat Jumaat, Alhamdulillah boleh dikatakan 95% memenuhi ruang dewan dan koridor masjid manakala solat 5 waktu (paham-paham sendiri la berapa banyak saf yang berjaya ditegakkan). Pada masa yang sama rayuan untuk pembinaan sekolah agama sebanyak RM1 juta masih belum mencukupi. Aku cadangkan agar duit RM1.5 juta bagi kat sekolah dulu demi keselesaan pelajar yang akan menjadi pelapis generasi akan dating. Nak cuba slow talk dengan Imam dah terlambat coz Gabenor Melaka (Tun Khalil Yaakob, yang bagi anugerah Datuk kat SRK) dah datang tengok site untuk pembesaran. Kira jadi lah tu. Inilah yang dikatakan Budget Prioritization or Budget Optimization.


Jumpa Sepupu Lama

Ada seorang sepupu aku yang hampir 10 tahun aku tak jumpa dia cuma tahu dia duduk Segamat. Tahun masa dia ziarah rumah mak aku (pangkat makcik dia) sempat aku jumpa dia. Nama sama macam nama anak aku. Yang bestnya anak dia 15 orang. Yang paling best aku dengar anak dia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 kat sekolah yang sama dan dari Form 1 sampai Form 5 sekolah yang sama. 11 orang masih bersekolah. Cikgu pun tahu keluarga Ikhsan punya anak-anak. Aku cuba calculate duit saku sekolah anak dia sahaja assumed RM3.00 @ 11 = RM23 sehari. Belum perbelanjaan lain lagi. Memang aku respect kat dia…. Semua rezeki dari Allah.


Semua Adik Beradik Dan Ipar Duai Dapat Berkumpul

Alhamdulillah mak dan bapak aku senyum lebar tahun ini. Semua 7 anak boleh berkumpul dengan semua cucu sekali. Memang meriah sakan. Tiada apa yang aku rasa bangga bila dapat lihat mak bapak aku gembira – memang priceless.


Kemeriahan Raya Agak Berkurangan

Tak ramai anak-anak datang beraya rumah mak aku kali ini. Duit raya yang dah siap tukar dan letak dalam sampul tak banyak habis berbanding tahun-tahun lalu. Mungkin anak-anak tu dah membesar dan segan nak beraya. Lepak dengan kawan dia main HP lagi berbaloi kot…. Entahlah zaman makin berubah….


Aku Tak Beraya Ke Mana

Selalunya dalam setiap tahun aku akan panjang langkah at least 3 – 4 rumah kawan lama aku akan ziarah walaupun jauh. Tahun ini aku cuma lepak kat rumah mak aku je… Layan tetamu. Takde mood nak beraya. Hantar SMS je sebagai ganti diri..

Rasa tak cool langsung…..

Friday, September 19, 2008

Re-Union


Orang selalu sebut pasal re-union. Samaada re-union untuk rakan sekolah, kolej, universiti, company tempat kerja dan sebagainya. Kalau yang aktif dan berdaftar, dia orang panggil alumni.

Nak buat re-union bukan senang kerana melibatkan tenaga, masa dan kos apatah lagi nak kumpulkan semua ahli yang duduk merata tempat.

Aku juga ada satu re-union iaitu course mate masa belajar kat U dulu. Kebetulan ada seorang bekas pelajar yang nak buat so this year, after 12 years graduate, we managed to have one hi-tea session kat Putrajaya. Teknologi ICT cepat mempertemukan kita. After that, semua kembali normal dan buat hal masing-masing.

Tapi kat sini aku nak ceritakan satu kisah itu pun kalau boleh dikategorikan sebagai re-union jugak. Ia berkaitan dengan tempat kerja. Pada tahun 2003 aku pernah attached kat satu department/ seksyen yang agak tough juga dari segi kerja. Memang mental and physical torture. Cabaran dan dugaan, jangan ceritalah… memang sadis.

Aku sempat attached kat department tu cuma enam bulan sahaja. Kawan-kawan yang satu department tersebut pun tak lama kemudian ditukarkan ke department lain dan di lokasi yang berbeza-beza (tapi bukan sebab kita orang tak bagus…. memang keperluan kerja macam tu). Masih dengan company yang sama. Tapi apa yang best, kami masih boleh bertemu semula kira-kira 10 orang ex-department tu untuk aktiviti sosial. Walaupun sudah berhijrah negeri lain (tak jauh pun between Selangor, Wilayah P dan NS je) dan setiap tahun sekurang-kurangnya bulan puasa mesti kami akan bertemu dalam satu majlis yang ringkas dan meriah.

Banyak perkara akan dibincangkan dan diselangi dengan gelak ketawa. Of course, banyak topic perbualan ialah pasal kesusahan dan cabaran masa kat department lama tu. Walaupun dah lama kami berpisah tapi kemesraan itu masih ada dan berpanjangan. Dalam bercerita mesti juga berkisar dengan ex-boss yang incharge that department/ seksyen. Itu yang aku respect dan salute kat dia orang. Still boleh muncul untuk aktiviti berbuka puasa bila dianjurkan.

Tahun ini merupakan tahun ke-4 majlis perjumpaan dan semalam (18 September 2008) kami bertemu di Restoran Tasik Idaman (Bangi). Photo di atas adalah salah satu lauk menu berbuka... Cool kan.....

Saturday, August 30, 2008

Bajet (Budget) 2009


Ini bukan merupakan serius posting atau analisa Bajet 2009 yang dibentangkan oleh PM kita siang tadi. (Photo dari Berita Harian On-Line) Aku bukan merupakan seorang economist atau akauntan yang tahu dan perlu ambil tahu pasal Bajet ini.

Selalunya selepas Bajet dibentangkan (kenapa mesti hari Jumaat?) maka banyak laporan dan ulasan akan dibuat samaada oleh pihak akhbar, majalah ataupun laman web dan blog. Biarlah ulasan dibuat memang bidang dia orang. Dalam berita Stesen TV pula akan diberi liputan meluas pasal Bajet dan akan menenggelamkan berita yang lain seperti jenayah dan rasuah. ASTRO yang ada dua saluran berita AWANI dan BERNAMA TV akan pulun sakan untuk siaran Bajet dan Analisa Bajet. Maka ramailah panel datang ke studio.

Dalam akhbar nanti akan ada juga gambar 'candid' orang ramai yang tonton pembentangan Bajet di TV atau dengar radio samaada bawah pokok, atas sampan atau kat kedai kopi. Memang sungguh-sungguh beri perhatian.

Bagi aku pula (mungkin akan dedahkan kelemahan aku), every year aku memang tak ambil kisah pasal Bajet yang nak dibentangkan atau dah dibentangkan. Bila beli surat khabar pada keesokkan hari aku akan lihat grafik pasal Bajet sahaja.

Aku pun tak tahu kenapa aku tak berminat sangat. Mungkin aku bukan kakitangan awam (kerajaan) yang excited dengar pasal bonus atau aku bukan perokok yang risau kenaikan harga rokok. Pada aku sebelum atau selepas Bajet, keadaan hidup aku serta sumber pendapatan aku dan kuasa beli aku macam tu juga. Mungkin persoalan Bajet ini lebih kepada unsur makro jadi ia tidak memberi kesan secara total terhadap perbelanjaan aku. Aku cuma excited pada bulan Mac setiap tahu bila company aku akan hantar e-mail pengumuman bonus sahaja.

Kadangkala bila aku dengar orang bersembang pasal Bajet samaada kat kedai kopi atau waktu melepak, hanya dua perkara sahaja yang dibincangkan iaitu pasal bonus kakitangan awam dan kenaikan harga rokok.

Nasib baiklah data pasal Bajet ini bukan salah satu daripada scope of works atau JD aku. Ini kerana ada kawan aku tak pasti department mana kena study betul-betul pasal Bajet sebab bos dia nak laporan terperinci serta analisa. Nak tahu detail boleh baca kat sini (http://www.bharian.com.my/klikkhas/bajet/)

p/s - Sewatu dok tukar channel kat TV tadi tertekan RTM 1 dan ada wawancara pasal Bajet dan terbaca dua komen SMS kat footer:

  • Kami orang kampung tak tahu sangat pasal Bajet ini, yang tahu harga barang tak pernah turun. Kasihan kami orang kampung.
  • Kakitangan awam dapat bonus syukur walau harga barang akan naik. Kami orang kampung tak dapat apa terpaksa menghadapi kenaikan harga barang.

Fikir-fikir dan renungkanlah.....

Sekian

Tuesday, July 22, 2008

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat Berblogging.... Ucapan aku buat diri sendiri tapi bukan syok sendiri ya. Bukan juga sekadar ikut-ikutan atau dengan bahasa kasarnya ikut membabi buta dan juga bukan sebagai trend.

Banyak yang dapat dilihat yang mana blog yang aktif pada permulaan dan dibiarkan sepi serta terus terpinggir selepas itu. Dan aku berharap agar penglibatan diri aku ini dalam dunia blog akan berterusan serta memberi manfaat kepada diri aku sendiri, keluarga dan masyarakat.

Komen membina dialukan dan kalau boleh biarlah berlandaskan fakta bukan taip sesedap keyboard sahaja (maklumlah keyboard power). Tapi takdelah sampai nak fakta macam yang diperlukan oleh Bursa Malaysia atau London Stock Exchange atau supporting data untuk Jabatan Audit Negara.

Cukuplah dulu buat permulaan dan harap ini menjadi titik permulaan aku dalam dunia baru walaupun aku sebenarnya lambat mula. Biar lambat asal tak mula langsung.

Wassalam...