Thursday, September 11, 2008

Jati Diri - Kempen Masyarakat Penyayang

Seperti biasa aku akan coretkan pengalaman menarik samaada yang baik atau yang jelek untuk dikongsi dan direnung bersama.

Aku agak tersentuh dengan peristiwa petang tadi sewaktu balik kerja dengan menggunakan teman sejati ku iaitu KTM Komuter. Dalam keadaan penumpang yang ramai aku tak perasan ada seorang OKU buta (mungkin berbangsa India - berdasarkan raut wajah dan warna kulit). Tak pasti ia duduk atau berdiri. Aku cuma perasan bila train tiba di Stesen Salak Selatan (stesen kurang sibuk) dan ada yang membantu beliau keluar. Aku perhatikan betapa susah dia mencari arah di platform.

Pada masa sama aku sayu dan terkenang nikmat mata yang ALLAH bagi kat hamba dia ini. Memandangkan stesen tak popular maka orang pun kurang.

Apa yang menarik perhatian aku ialah gelagat seorang pemuda Cina yang rambut mencacak (kat Petaling Street banyak fesyen ni) sanggup pimpin that OKU untuk naik tangga dan keluar dari platform. Ini bermakna khidmat kebaikan tidak mengira batasan agama dan bangsa. Aku amat tersentuh.

Teringat bagaimana Nabi Muhammad s.a.w juga amat kasih pada umat dia tidak kira apa jua agama. Antara kisah yang popular bagaimana perempuan yahudi akan membuang sampah ke arah baginda apabila junjungan besar kita lalu di hadapan rumah dia. Hingga pada satu hari Rasulullah hairan apabila wanita tersebut tiada di laluan tersebut. Rasulullah telah bertanya pada jiran lain dan mereka mengatakan bahawa perempuan tersebut sakit. Rasulullah bingkas menziarahi wanita tersebut walaupun wanita tersebut membuat pelbagai perkara yang boleh menyakitkan hati Rasulullah. Asbab akhlak Rasulullah yang sedemikian maka wanita Yahudi tersebut telah memeluk agama Islam.

Begitu juga kisah bagaimana Rasulullah bersedih mayat seorang Yahudi melintasi Rasulullah.

InsyaALLAH, kalau kita berbaik sangka sesama insan dan saling bantu membantu tanpa sempadan bangsa dan agama maka tidak mustahil mereka akan tertarik dengan Islam. Sesungguhnya Islam itu indah.

Wassalam...

No comments: