Saturday, September 20, 2008

Jati Diri Masyarakat - Kempen Masyarakat Penyayang - Dah Banyak Sangat -Tak Tahu Part Berapa Dah...


Seperti biasa aku akan coretkan karenah dan coleteh masyarakat untuk dikongsi bersama. Bukan niat untuk mendedahkan keburukan atau keaiban sesama insan tetapi sekadar satu kerisauan tentang sikap dan jati diri masyarakat tidak kira apa bangsa dan agama.

Ia bermula apabila kerosakan satu tren Komuter yang dinaiki oleh aku dan lain di Stesen Salak Selatan dan semua penumpang diarahkan turun. Suasana kecoh dan panik mula berlaku. Ia berlaku pada hari Jumaat dan di waktu amat puncak. Semua marah-marah dan bising.

Aku tak akan ceritakan apa masalah KTM kerana walaupun Pak Lah pernah buat tinjauan dan dibincangkan di kabinet serta peruntukan berjuta untuk improve public transport dan since that announcement aku tak nampak penambahbaikkan ataupun perancangan KTM untuk kebaikan bersama. Perkhidmatan masih di takuk lama dan tiada peningkatan walaupun 1%. Yang meningkat adalah jumlah penumpang. All coplaints falls into deaf ears. Foto lama from http://www.penangwatch.net/node/2389

Yang ingin aku nyatakan di sini ialah bagaimana sikap manusia dalam menghadapi situasi ini.

Apabila tren sampai (bukan tren kosong tapi memang penuh dengan penumpang), maka tolak menolak berlaku serta pelbagai perkataan yang tak sepatutnya keluar dari mulut masing-masing. Sumpah seranah jangan cerita lah.

Aku cuma terpaku apabila melihat seorang ibu muda dengan 4 orang anak dia termasuk seorang dalam dukungan. Tiada inisiatif dari penumpang lain untuk memberi laluan kepada ibu muda tersebut. Dalam keadaan demikian, suasana yang amat padat di Stesen, orang biasa yang macam aku ni pun terkial-kial nak approach tren, apatah lagi ibu muda tersebut dengan mendukung anak serta anak-anak dia yang lain. Belum lagi dikira penumpang berumur yang lain. Semua nafsu-nafsi, janji boleh naik tren tanpa memikir kesulitan orang lain dan keselamatan diri.

Tolak menolak, tarik menarik, rebut merebut dan kata mengata ia menunjukkan “the ugly sight of Malaysian”. Yang paling kelakar ada sorang awek Africa sampai tertanggal tudung dia semasa berebut-rebut.

Dalam tolak menolak dan berebut-rebut pasti sebarang kemungkinan akan berlaku. Aku sempat menasihati seorang kakak agar bersabar. Tak guna nak kejar berbuka puasa di rumah pada hari ini silap-silap terpaksa berbuka di hospital (bila mengalami kemalangan dan kecederaan). Kakak tu paham maksud aku dan dia mula bertenang dan tidak menunjukkan tanda agresif. Jam sudah menunjukkan pukul 6, siapa yang tak resah bila masih tersadai di stesen. Tren ketiga yang datang baru aku boleh menyelinap masuk. Kira last passenger yang boleh masuk before the door close. Aku sempat tarik dan beri ruang pada seorang brother untuk masuk sekali. Aku puas bila boleh tolong dia walau aku tak kanal dia pun.

Tapi aku amat kecewa bila melihat wajah mereka yang tak dapat masuk dan terbayang pada ibu muda tersebut dan rombonganya. Entah tren ke berapa yang dia boleh naik.

Ini mengingatkan aku pada insiden tak salah aku dua tahun lepas apabila KTM komuter mempunyai masalah dan kami tersadai di Stesen Mid Valley sehingga jam 8.00 malam. Terdapat seorang kakak dengan 2 orang anak dia yang masih berdukung. Kami tak sampai hati dan cuba bantu dia untuk pastikan dia berjaya masuk ke dalam tren. Ada penumpang yang memberi makanan dan minuman kepada anaknya dan aku cuba beri HP aku supaya dia boleh contact suami dia berhubung kelewatan tren itu. Jalan terakhir, kami cuba minta bantuan Polis Bantuan untuk pastikan dia berada dalam tren.

Tapi petang tadi aku tak berdaya nak menolong ibu muda tersebut kerana aku sorang-sorang memang tak mampu.

Yang aku perasan ada pelbagai penumpang berbilang bangsa dan mula lah kedengaran sindir menyindir atau perli memperli agar keutamaan diberi kepada penumpang Islam untuk naik tren terlebih dahulu untuk membolehkan balik berbuka puasa.

It is cool…??

No comments: