Saturday, September 13, 2008

Tazkirah - Fadhilat Ramadhan


Hadith 1

Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Sesiapa yang berdiri beribadat pada malam Lailatulqadar dengan iman dan ihtisab (berniat untuk mendapatkan ganjaran) akan diampunkan dosanya yang terdahulu"

Hadith 2


Hazrat Anas r.a. berkata, "Telah masuk bulan Ramadhan, lalu Rasulullah s.a.w bersabda," Sesungguhnya bulan ini telah datang kepada kamu, dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang terlepas daripadanya maka dia terlepas darripada kebaikan dan tidaklah terlepas daripada kebaikannya kecuali di yang benar-benar rugi"

Sumber : Fadhilat Ramadhan - Maulana Muhammad Zakaria

No comments: