Friday, August 22, 2008

Pak Lah Naik Komuter





Macam tak percaya tengok semua 'main media' buat coverage Pak Lah naik komuter dengan Putra LRT. Waktu puncak pulak tu tanpa diiringi oleh kakitangan dua syarikat tersebut. Kat Berita TV pun ada buat coverage termasuk update terkini oleh semua media internet (a day before).

(Photo from Berita Harian)


Baru lah betul, down to earth. Mana Menteri dan Timbalan Menteri Pengangkutan nak letak muka. Mana Setiausaha Parlimen bahagian Kementerian Pengangkutan nak letak muka? Sepatutnya ini bidang kuasa dia orang. Menteri tidur ke sebab Pak Lah sendiri yang buat 'homework'.

Teringat masa Datuk Shahrir Samad, naik ERL from Putrajaya to KL Sentral masa off peak. Lepas tu siap declare kata public transport kat Malaysia ni memuaskan. Dia tak tahu betapa merana dan sengsaranya orang guna komuter hari-hari. Bukan macam dalam tin sardin, tapi macam dalam kotak rokok.

Sebab itu saya pernah komen dalam satu blog http://www.akubetul.com/ dan cabar mana-mana pak menteri naik komuter dengan saya selama sebulan dan semua tambang akan ditaja oleh saya. Saya juga berharap agar semua Ahli Parlimen (MP) seramai beratus orang tu bagi assigment guna public transport macam pecahan kat bawah selama tiga hari dan present kat Parlimen findings dan result dia:-

a. 20 MP cuba komuter laluan Seremban - Rawang - Seremban
b. 20 MP naik komuter laluan laluan Port Klang - Sentul
c. 20 MP guna teksi
d. 20 MP guna PUTRA LRT
e. 20 MP guna STAR LRT
f. 20 MP guna bas Rapid KL
g. 20 MP lagi guna bas awam lain

* Pernah beri cadangan di atas dalam blog zul4kulim.blogspot.com
** Naik masa peak hours pergi dan balik kerja. Ada berani ke...?? Barulah tahu realitinya.....


Selepas komen pedas dari Pak Lah, pihak KTM respond balik kata hanya boleh improve 10% sebab tak cukup koc/ train. Bak kata Menteri Pengangkutan masa last couple of month kata, nak order train buka a night effort. Oh my goodness, siapa suruh order sekarang, patut this exercise kena buat in last 2 years. Mana duit Tabung Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA) dibelanjakan...??? Malas nak ulas lebih-lebih, pikir lah sendiri.

Lain-Lain Hal....

Hari ini balik lambat lagi. Komuter macam biasa padat dan sendat. Tapi tiada insiden yang menjengkelkan dan aku nak salute dan tabik pada dua orang penumpang perempuan Melayu muda yang sepantas kilat bagun beri seat pada perempuan Cina yang dukung anak masa komuter stop kat Stesen Kajang. Macam tu la bagus, tanpa mengira bangsa dan agama. Walaupun aku selalu cerita incident yang terul tapi yang baik aku akan tetap update juga. Barulah adil.

Wassalam..

2 comments:

NASA said...

Harap bila Pak lah dah turun padang akan adalah improvement.Sama2 kita nantikan

Ab Razak Hj Ahmad said...

Sepatutnya masaalah ini boleh selesai di peringkat jabatan/ kementerian...

Wait and see...