Tuesday, September 2, 2008

PUTRA LRT - Masih Ada Ruang Untuk Penambahbaikan

Pagi ini memandangkan ada temujanji di luar, maka aku terpaksa gunakan PUTRA LRT untuk ke destinasi. Sebelum ini aku memang pernah gunakan PUTRA LRT on and off basis tapi pengalaman pagi tadi agak menarik untuk dikongsi bersama.

Sampai di KL Sentral aku ke PUTRA LRT Stesen (within same KL Sentral Building) dan aku agak terkejut kerana begitu ramai penumpang yang berbaris. Aku sangkakan perkhidmatan tergendala tapi memang mengikut jadual. Aku respect kat semua penumpang yang beratur dengan sopan dan tertib. Dalam pada beratur ada yang membaca majalah, akhbar dan ada yang sibuk dengan I-Pod atau HP. Apabila ada OKU buta sampai, para pekerja PUTRA akan pimipin OKU tersebut untuk berada di hadapan barisan. Termasuk orang tua. Yang aku respect ialah walau potong Q, tapi penumpang tak marah. Bila tren sampai, OKU itu yang akan masuk dulu.


Peristiwa di atas, aku tak akan merasa kalau menggunakan khidmat komuter. Penumpang komuter tak akan beratur atau berbaris dan insiden berebut serta tolak menolak sudah menjadi perkara biasa. Hatta dengan OKU, orang tua, perempuan bawa anak kecil dan perempuan mengandung pun terpaksa berebut. Kalau mereka berjaya masuk, jangan harap ada yang offer seat sepantas kilat....

Mungkin kelebihan PUTRA ialah kerana ia meletakkan kira-kira 3 - 4 orang ground staff di stesen yang sibuk untuk guide penumpang supaya berbaris dan sebagainya. Tidak bagi komuter yang hanya ada polis bantuan yang tidak memberi impak pada penumpang di stesen. PUTRA LRT lebih customer oriented mungkin masih terbawa budaya korporat. Ini kerana sebelum di ambil oleh SPNB (Rapid KL) ia di bawah Renong Group yang kuat mengamal budaya korporat. Lagi satu yang aku respect kat PUTRA LRT ialah kemudahan untuk OKU disediakan seperti lif, tandas dan bantuan daripada staff. Ingat bahawa OKU juga insan/ makhluk ALLAH yang perlu dihormati hak-hak mereka.
Memandangkan orang terlalu ramai maka aku hanya boleh masuk ke tren yang ke 4. Nasib baik sempat ke tempat appoinment.

Kalau siapa yang biasa berada di Europe dan kalau ada appointment di mana-mana lokasi, amat digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam kerana dijamin tepat sampai pada waktunya. Jangan amalkan di Malaysia, takut lambat sampai and U will miss some buseness deal.
Teringat pengalaman seorang rakan yang baru pulang dari Sweeden tempoh hari, apabila bas awam lambat sampai (lewat 2 minit dari jadual asal) makan pemandu dengan penuh rendah diri akan minta maaf pada penumpang dan tiada bayaran akan dikenakan.... hebat jugak.... Agak-agak di Malaysia boleh amalkan tak.

Kepada semua service provider, ingat kami semua membayar tambang dan bukan menggunakan perkhidmatan anda dengan percuma.....

Saturday, August 30, 2008

Bajet (Budget) 2009


Ini bukan merupakan serius posting atau analisa Bajet 2009 yang dibentangkan oleh PM kita siang tadi. (Photo dari Berita Harian On-Line) Aku bukan merupakan seorang economist atau akauntan yang tahu dan perlu ambil tahu pasal Bajet ini.

Selalunya selepas Bajet dibentangkan (kenapa mesti hari Jumaat?) maka banyak laporan dan ulasan akan dibuat samaada oleh pihak akhbar, majalah ataupun laman web dan blog. Biarlah ulasan dibuat memang bidang dia orang. Dalam berita Stesen TV pula akan diberi liputan meluas pasal Bajet dan akan menenggelamkan berita yang lain seperti jenayah dan rasuah. ASTRO yang ada dua saluran berita AWANI dan BERNAMA TV akan pulun sakan untuk siaran Bajet dan Analisa Bajet. Maka ramailah panel datang ke studio.

Dalam akhbar nanti akan ada juga gambar 'candid' orang ramai yang tonton pembentangan Bajet di TV atau dengar radio samaada bawah pokok, atas sampan atau kat kedai kopi. Memang sungguh-sungguh beri perhatian.

Bagi aku pula (mungkin akan dedahkan kelemahan aku), every year aku memang tak ambil kisah pasal Bajet yang nak dibentangkan atau dah dibentangkan. Bila beli surat khabar pada keesokkan hari aku akan lihat grafik pasal Bajet sahaja.

Aku pun tak tahu kenapa aku tak berminat sangat. Mungkin aku bukan kakitangan awam (kerajaan) yang excited dengar pasal bonus atau aku bukan perokok yang risau kenaikan harga rokok. Pada aku sebelum atau selepas Bajet, keadaan hidup aku serta sumber pendapatan aku dan kuasa beli aku macam tu juga. Mungkin persoalan Bajet ini lebih kepada unsur makro jadi ia tidak memberi kesan secara total terhadap perbelanjaan aku. Aku cuma excited pada bulan Mac setiap tahu bila company aku akan hantar e-mail pengumuman bonus sahaja.

Kadangkala bila aku dengar orang bersembang pasal Bajet samaada kat kedai kopi atau waktu melepak, hanya dua perkara sahaja yang dibincangkan iaitu pasal bonus kakitangan awam dan kenaikan harga rokok.

Nasib baiklah data pasal Bajet ini bukan salah satu daripada scope of works atau JD aku. Ini kerana ada kawan aku tak pasti department mana kena study betul-betul pasal Bajet sebab bos dia nak laporan terperinci serta analisa. Nak tahu detail boleh baca kat sini (http://www.bharian.com.my/klikkhas/bajet/)

p/s - Sewatu dok tukar channel kat TV tadi tertekan RTM 1 dan ada wawancara pasal Bajet dan terbaca dua komen SMS kat footer:

  • Kami orang kampung tak tahu sangat pasal Bajet ini, yang tahu harga barang tak pernah turun. Kasihan kami orang kampung.
  • Kakitangan awam dapat bonus syukur walau harga barang akan naik. Kami orang kampung tak dapat apa terpaksa menghadapi kenaikan harga barang.

Fikir-fikir dan renungkanlah.....

Sekian