Saturday, September 27, 2008

Akademi Ramadhan (AR)


Assalamualaikum w.b.r


Pagi tadi 27 September 2008 selepas solat Subuh aku berpeluang mendengar tazkirah/ kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Dr Badrul Amin.


Ia berlaku secara kebetulan bila rakan se-tadarrus aku (sorry aku masih lupa nama betul dia walaupun dia dah 2 kali bagi tau nama dia) ajak mengikuti program di salah satu surau di Bandar Baru Bangi yang mana program berakhir dengan solat subuh berjemaah dan diikuti dengan tazkirah.


Sebelum ini aku ada juga mendengar kuliah Zuhur Ustaz ini di surau di bangunan Pejabat tetapi biasalah waktu kuliah zuhur masa agak terhad.


Kuliah Subuh tadi agak panjang dan banyak perkara yang berjaya diterangkan. Tapi biasalah walau panjang mana sekalipun tazkirah dengan bab dan olahan yang menarik, masa seolah berlalu begitu pantas. Terkilan juga kerana tidak membawa kertas atau buku catatan untuk mencatati beberapa fakta atau peranti elektronik untuk membuat rakaman. Banyak betul ‘gadget’ atas meja Ustaz apabila jemaah mengambil kesempatan untuk membuat rakaman kuliah ustaz.


Antara beberapa fakta yang aku masih ingat ialah bagaimana result kita sewaktu berada di dalam Akademi Ramadhan (AR). Apa yang menarik dan tidak membosankan ialah bagaimana Ustaz membuat perbandingan di antara AR dengan Akademi Fantasi (AF). Bagaimana ada peserta yang disingkirkan dalam AF begitu juga nasib kita sebagai peserta AR juga akan melalui proses penyingkiran tidak kira minggu keberapa.


Bagaimana juara AF akan dilimpahi dengan hadiah lumayan seperti rumah, kereta, wang tunai dan pelbagai pakej, begitu juga dengan peserta AR yang berjaya melepasi halangan juga akan memperolehi ganjaran yang lebih lumayan iaitu Syurga Allah Ta’ala.


Berbalik pasal penyingkiran dalam AR, bukan kerana kurangnya SMS seperti AF, tetapi kurangnya taqwa. Kita boleh lihat dan alami proses penyingkiran dalam AR bila mana minggu pertama atau permulaan Ramdhan surau/ masjid penuh dengan jemaah dan makin lama akan berlaku proses yang mana jemaah makin berkurangan walaupun semua tahu yang sepuluh terakhir merupakan hari/ malam yang dinantikan.


Sehubungan itu Ustaz telah mengesyorkan supaya kita semua yang kini berada dalam AR membuat self-evaluation. Tidak perlu evaluation form hanya bersadarkan kepada fakta/ soalan berikut iaitu TAQWA.


T - Taat; sejauh mana ketaatan kita dalam AR ini. Bukan setakat taat kepada perintah puasa tetapi juga taat pada perintah Allah yang lain. Terutamanya solah. Amat kesal kerana perintah solah masih lagi dibaikan oleh orang Islam. Satu persoalan antara solah dan puasa yang mana lebih senang dibuat. Ramai yang sebut solah tetapi solah sebenarnya susah nak di amalkan. Di dalam Al-Qur’an juga ada disentuh bab ini.


A - Amanah; sejauh manakah amanah kita seharian samaada kepada Allah atau juga kepada Isteri, Anak, Jiran dan sebagainya. Sepanjang Ramadhan ini kalau Isteri/ Suami dan anak-anak bertambah baik maka kita berjaya memegang amanah ini.


Q - Quality; sejauh manakah quality dalam setiap amalan kita. Adakah buat hanya ala kadar sahaja. Kalau untuk urusan dunia kita ada hari Q, maka apatah lagi untuk urusan Akhirat perlu dipertingkatkan lagi. (Malangya aku missed a few point of this, sebab terpaksa ke bilik air)


W - Waraq adalah hampir sama dengan Taat tetapi dia lebih advance lagi. Kalau taat kita buat perintah Allah dan tinggal larangan Allah tetapi pada masa yang sama kita ada makan atau buat amalan subhah (ragu-ragu atau tak jelas halal – haramnya). Dalam kes waraq ini, tiada was-was atau fifty-fifty. Tinggalkan terus benda yang meragukan atau tidak pasti. Macam contoh soal pemakanan, betapa banyak kita makan makanan subhah, tidak pasti samaada dari mana sumber makanan tersebut atau penyediaannya. Sebab itu Ustaz berpesan agar kurangkan membeli makanan di luar terutama pada bulan Ramadhan. Kalau kita berpeluang makan atau minum di rumah orang alim seperti Tok Guru, maka makanlah dengan banyak kerana makan tersebut boleh asbab dijadikan ubat (sumber kebaikan). Kalau perlu ‘bungkus’ minta dibungkuskan. Ia seperti mana diceritakan kisah bagaimana Imam Syafi’e makan banyak di rumah salah satu imam yang masyhur tersebut kerana beliau yakin tentang ‘kesucian’ makanan tersebut yang boleh memberi berkat. Bab ini, memang kena dengan batang hidung aku sebab Ustaz ada sebut satu product makanan yang menjadi kegemaran aku dan anak aku yang dikategorikan subhah oleh beliau. Tidak hairanlah pada pendapat Ustaz masalah masyrakat sekarang samaada isteri/ suami tak mendengar kata atau anak yang degil kerana salah satu sebab adalah sumber dan penyediaan makanan yang subhah.


A - Amal; Apa yang penting adalah amal. Kalau cakap berdegar-degar tapi tak amal tak guna juga. Ilmu walau sedikit tapi diamalkan lebih baik daripada Ilmu yang banyak tapi tak di amalkan. Untuk fakta ini juga aku tak berapa ingat walau aku masih dalam majlis.

Berdasarkan soalan, di atas, kita sebagai peserta AR boleh menggunakan skala dari 1 (weak point) kepada 5 (max. point) untuk menentukan kualiti kita sebagai peserta AR. Samaada makin baik atau semakin teruk sempena bulan Ramdhan ini. Nak guna skala from 1 to 10 pun boleh.


Lain-lain perkara Ustaz ada sentuh pasal kepentingan ilmu dan perlu berusaha untuk mendalami ilmu. Al-Qur’an juga amat penting sebagai sumber rujukan untuk kehidupan seharian. Bukan setakat dibaca sahaja tetapi perlu di amalkan. Ustaz juga ada buat olahan bagaimana yang dikatakan Al-Qur’an sebagai mukjizat dan akan terus terpelihara. Bagaimana Al-Qur’an ada dalam bentuk digital, di dalam HP dan PDA begitulah hebatnya. Cuma kita yang jarang membacanya maka manfaat akan kurang.


Sebenarnya banyak lagi fakta tapi aku lupa dan tidak mungkin boleh dinyatakan word by word.


Semoga Allah bagi taufik dan hidayat untuk saya dan tuan-tuan amalkan dan sampaikan.


Jazakallah/ Sekian…


Wassalam.


Ini merupakan posting terpanjang aku setakat ini… Cool kan..??


1 comment:

TANAH MELAYU said...

thanx bro for comment.



ada salah faham kat sini. setiap posting orang lain punya aku ada nyatakan sumber dari mana.
mungkin salah faham dari deminegara.blogspot.com
Aku punya artikel/posting pun ada juga yg ciplak. Masalah aku tak siplak. aku tulis dan promo dia punya blog lagi.
anyway thanx for comment.