
This week, minggu baru kerja. Pagi ni rasa bersemangat pula bila hari Isnin, selalunya lemah sikit. Aku rasakan weekend aku yang dua hari tu rasa macam dua minggu. Mungkin kerana quality time yang aku dapat dengan keluarga.
Macam biasa aku akan cerita pasal jati diri Masyarakat Malaysia. Peristiwa dan pengalaman yang aku kutip seharian ke tempat kerja dengan menggunakan pengangukutan awam yang (teruk). Insiden pagi tadi memang menyentuh lagi emosi aku.
Aku yang macam biasa berdiri bila nak turun aku terperasan ada seorang perempuan mengandung sedang berdiri. Aku dapat rasakan kepayahan beliau berdiri. Tiada seorang pun yang offer seat kat dia termasuk seorang jejaka gagah perkasa yang duduk paling hampir dengan perut dia. Tak sure samaada that jejaka tu warga asing atau orang Melayu. Paling geram ada satu ruang yang dikhususkan untuk OKU dan perempuan mengandung (belakang tempat dia berdiri) di 'hijacked' oleh insan kamil yang cukup sifat dengan muka selamba samaada dia tak nampak atau buat-buat tak nampak.
Peristiwa pagi tadi memang mengingatkan aku insiden last week, bukan OKU buta yang aku pernah ceritakan tapi pakcik buta (also OKU) kena berdiri. Tempat hampir sama dengan perempuan mengandung tadi berdiri. Bila dah lama aku dengar ada sorang hamba ALLAH yang perihatin dan mungkin dia dah tak tahan minta sorang bangun dan allow that OKU duduk. Aku memang respect kat orang tu.
Ingatlah, selagi kita cukup sifat, bersyukur atas nikmat yang ALLAH bagi dan sila perihatin kepada insan yang lebih memerlukan. Moga keikhlasan dan pengorbanan anda akan diberi ganjaran oleh ALLAH s.w.t
