Thursday, July 31, 2008

Jati Diri Masyarakat - Kempen Masyarakat Penyayang - Part 2

Hari ini (30 July 2008) aku balik agak lambat sikit memandangkan perlu siapkan laporan untuk pihak atasan. Macam biasa, KTM komuter teman setia aku. Aku sampai di Stesen Seputih (tak naik kat Mid Valley hari ini) jam 7.20 pm dan nampak pada papan kenyataan train akan sampai @ 7.35 pm. Macam biasa aku tak percaya pada jadual komuter KTM. Ini pengalaman selepas 4 tahun menjadi pengguna 'setia'.

Aku cuma berharap train sampai awal supaya aku boleh sembahyang Marghrib kat masjid Bangi. Macam kawan aku yang dok Seremban kadangkala terpaksa turun kat Kajang untuk solat Marghrib. Then wait for the next train. Memang mujahadah tapi demi tuntutan agama kena laksanakan. No excuse on this.

Pada aku,waktu petang 5.00 pm hingga 8 pm dikira waktu puncak manakala waktu pagi 7.00 am hingga 9.00 am waktu puncak. Komuter sampai jam 7.25 pm dan macam biasa waktu puncak train padat gille. Alhamdulillah aku dapat masuk dan berdiri antara penumpang memang rapat. Bak kata orang dalam tin sadin, tapi aku suka guna istilah macam dalam kotak rokok (walaupun aku tak merokok).

Padat gille, badan bertemu badan dan punggung bergesel punggung. Memandangkan aku puasa hari ini nasib baik aku dah standby air dengan kurma, boleh batalkan puasa.

Tapi apa yang aku nak nyatakan di sini, macam biasa pasti ada insiden yang menyayat hati. Bila train sampai Kajang, pasti dalam agak reda sikit dan boleh nampak kelibat manusia. Sampai di Kajang ada satu family Cina naik. Ada nenek dan datuk. Berdiri pun menggigil. Anehnya tiada aksi sepantas kilat atau sepontan untuk mereka bagi seat pada atuk dan nenek tersebut. Hingga ada satu awek Cina from middle seat offer. Bayangkanlah nenek tersebut terpaksa dipapah oleh kaum keluarga dia jalan dalam keadaan menggeletar untuk sampai ke seat tersebut. Apa salahnya mereka yang duduk 4 hingga 5 row depan bangun dan bagi seat kat nenek tersebut. Aku tak sanggup tengok drama tersebut dan aku move lepak depan pintu.

Lagi sadis, apa yang aku nampak ada sorang kakak sedang duduk bersila pangku anak dia yang berumur 1 tahun tidur. Mula-mula anak dia tidur atas lantai lepas tu di atas riba. Mungkin dia segan. Aku tak sampai hati nak saksikan lagi. Nasib baik train dah sampai Bangi so aku dah tak payah lihat lagi drama tersebut.

Wahai para insan kamil yang lemah. Kenapa masih lagi ada sikap pentingkan diri sendiri dan tak mahu saling bantu membantu. Ingat suatu hari kita juga akan tua dan tiada kudrat. Masa tu baru tahu siksa berdiri dalam komuter. Kalau aku ada power, nak aje aku piat telinga sorang-sorang suruh bangun dan bagi seat pada yang memerlukan.

Aku pernah dua kali tengok, first ada sorang kakak tu buat announcement minta orang muda tu bangun supaya ada sorang penumpang yang mengandung boleh duduk. Ada satu lagi sorang abang tu siap tepuk bahu minta penumpang tu bangun dan bagi seat kat orang mengandung. Memang susah nak jumpa abang dan kakak tu. Aku memang respect habis.

Seperti yang aku katakan dalam posting sebelum ini, ada yang baik hati tapi dengan ada insiden yang hampeh macam kat atas memang menyakitkan hati aku.

Sekian

No comments: