Tuesday, July 22, 2008

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat Berblogging.... Ucapan aku buat diri sendiri tapi bukan syok sendiri ya. Bukan juga sekadar ikut-ikutan atau dengan bahasa kasarnya ikut membabi buta dan juga bukan sebagai trend.

Banyak yang dapat dilihat yang mana blog yang aktif pada permulaan dan dibiarkan sepi serta terus terpinggir selepas itu. Dan aku berharap agar penglibatan diri aku ini dalam dunia blog akan berterusan serta memberi manfaat kepada diri aku sendiri, keluarga dan masyarakat.

Komen membina dialukan dan kalau boleh biarlah berlandaskan fakta bukan taip sesedap keyboard sahaja (maklumlah keyboard power). Tapi takdelah sampai nak fakta macam yang diperlukan oleh Bursa Malaysia atau London Stock Exchange atau supporting data untuk Jabatan Audit Negara.

Cukuplah dulu buat permulaan dan harap ini menjadi titik permulaan aku dalam dunia baru walaupun aku sebenarnya lambat mula. Biar lambat asal tak mula langsung.

Wassalam...

3 comments:

zarch said...

Assalamualaikum...
salam taaruf dari saya...

Ab Razak Hj Ahmad said...

Dear zarzh...

Thanks for your greeting. Access to your all blogs and how to get connected with you? i.e e-mail or blog comment.

zarch said...

Assalamualaikum abikhsan, maaf kerana blog saya tiada ruang komen, mungkin sdr boleh keruang msn saya yang dhaif, http://zarzh.spaces.live.com/

Teima-kasih kerana sdr selalu bernasihat tentang pentingnya prihatin kepada golongan OKU. Ya, mereka juga hamba Allah yang mempunyai hak untuk hidup sebagaimana insan lain yang sempurna fizikalnya.